MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Ogos 2025.
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa selepas membayar kompaun RM4.1 juta.
Lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di Kota Kinabalu hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, bulan lepas.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun TikTok bulan lalu.
Setiap usaha menegakkan keadilan berhubung kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir seharusnya berasaskan hukum dan lunas undang-undang, bukannya berpandukan platform media sosial semata.
Datuk Seri Rafizi Ramli berkata skandal yang sedang beliau teliti tiada kaitan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mahupun bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Peguam mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak mendedahkan bahawa pembelaan yang dilakukan adalah secara pro bono.
Dia mendedahkan trauma untuk menjejakkan kaki ke Thailand selepas berdepan detik hitam apabila ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat sebelum ini.
Dua pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang direman bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM400,000 untuk membenarkan warga asing dibawa masuk tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di pintu masuk negara.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kenaikan kadar tarif air yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos lepas tidak akan membebankan rakyat Kedah.
Insiden serangan ke atas anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya minggu lalu merupakan kes berprofil tinggi ke-10 berkaitan keganasan atau intimidasi yang masih belum diselesaikan sejak November 2022.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami