awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/05/2023
02:10 MYT
Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Samuel mendedahkan, dasar Kementerian Pendidikan yang konsisten sangat membantu guru-guru yang berdepan dengan ibu bapa. - Foto Twitter/Global Teacher Prize
KUALA LUMPUR: Berlaku defisit kepercayaan terhadap sistem pendidikan awam negara kerana dasar pendidikan yang sering berubah mengikut perubahan kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan.
Pengarah Program PEMIMPIN GSL dan Finalis Hadiah Guru Global 2020, Samuel Isaiah berkata ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.
“Kalau kita lihat kembali mengapa berlaku defisit kepercayaan ini adalah kerana mungkin berlaku terlalu banyak pertukaran dasar.
"Memang tidak banyak berlaku tetapi umum sering mengaitkan dengan persepsi jika menteri bertukar, dasar juga akan bertukar.
“Tidak ada rasa kestabilan dalam apa yang mereka laburkan untuk masa depan anak-anak mereka. Itu satu benda yang perlu diberi perhatian.
"Kerana, kepercayaan ini merupakan satu perkara yang mengambil masa yang lama untuk dibina dan boleh hancur dalam sekelip mata,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru terbitan Astro AWANI.
Samuel mendedahkan, dasar Kementerian Pendidikan yang konsisten sangat membantu guru-guru yang berdepan dengan ibu bapa di sekolah.
Katanya, guru-guru terpaksa memberikan jawapan kepada ibu bapa setiap kali berlaku perubahan kepada polisi yang ditetapkan oleh kementerian dan ada masanya ia sangat membebankan.
Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar setiap dasar berkaitan pendidikan perlu mendapat pandangan daripada semua pihak sebelum ia dilaksanakan, memandangkan ia merupakan sesuatu yang memberi kesan kepada pelbagai komponen masyarakat.
“Saya fikir, perubahan yang memberi impak yang berlaku di serata dunia, mengambil kira penyertaan semua pihak.
"Kerana itu, semasa pandemik, orang memperkatakan bahawa usaha sekampung diperlukan untuk membesarkan seorang anak.
"Tetapi, komponen kampung tersebut ialah ibu bapa, kerajaan, badan bukan kerajaan. Semua orang perlu bekerjasama dan berkongsi kepakaran, sumber, infrastruktur,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#guru
#pendidikan
#Dialog Tiga Penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan