awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendigitalan data, persediaan menjadi negara AI - Gobind Singh

Asyraf Malik
Asyraf Malik
19/07/2025
04:50 MYT
Pendigitalan data, persediaan menjadi negara AI - Gobind Singh
Gobind Singh Deo mengulas tahap kesiapsiagaan negara untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI) ketika merasmikan Saingan AI Kebangsaan 2025 di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu. - Gambar fail
SUBANG JAYA: Malaysia perlu bersedia dari segi infrastruktur, dasar dan kesedaran rakyat untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.
Menurutnya, sesetengah kementerian di Malaysia masih menggunakan data analog seperti salinan dokumen bertulis, visual dan audio.
“Setiap kementerian seperti sektor pengangkutan dan kesihatan memiliki data penting, ia perlu didigitalkan supaya boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembelajaran AI.
“Misalnya di klinik, temu janji dibuat secara digital membolehkan pesakit mendapatkan rawatan dengan lebih teratur dan cepat, tidak perlu lagi tunggu berjam-jam.
“Kalau daripada segi pengangkutan pula, data pergerakan bas dan kereta api membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan tepat,” ujar Gobind ketika merasmikan Saingan AI Kebangsaan 2025, di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, setelah perkara ini direalisasikan, penyelesaian silang sektor boleh dimulakan yang menggabungkan data daripada pelbagai kementerian demi kemudahan rakyat.
“Maklumat temu janji klinik dan jadual bas yang boleh diakses secara digital memudahkan pesakit hadir tepat pada masa, sungguh efisien,” jelas Gobind.
Namun persoalan kembali kepada aspek ketersediaan, perlunya ada sambungan internet stabil, pusat data serta polisi digitalisasi data kerajaan.
“Satu lagi perkara yang kita wajar sebutkan adalah kepercayaan awam terhadap teknologi, termasuk daripada segi keselamatan siber.
“Penting untuk mengubah cara berfikir dan berani mencuba teknologi baharu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berjaya,” terang Gobind.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#AI
#pendigitalan data
#ketersediaan negara digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan