awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendigitalan Sarawak perlu usaha kolektif libatkan warga emas

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
16/09/2020
04:31 MYT
Pendigitalan Sarawak perlu usaha kolektif libatkan warga emas
ABANG MOHAMMAD: Saya percaya di masa akan datang, perkembangan digital akan berlaku dengan lebih cepat dan pastinya ia akan mampu menguntungkan dan memudahkan ramai pihak. - Astro AWANI
Proses transformasi Sarawak ke arah digital dilihat sebagai satu cabaran buat warga emas di negeri ini.
Ini kerana, masih ramai di kalangan warga berusia yang kurang berminat mendalami dan menggunakan platform digital dalam menjalani kehidupan seharian.
Menurut Ketua Kaum Kawasan Kemuyang, Abang Mohammad Abang Jes, biarpun inisiatif ini disambut baik golongan muda, namun usaha secara kolektif masih diperlukan dalam menjayakan aspirasi dan gagasan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg.
“Ramai dalam kalangan warga emas ini tidak nampak akan kepentingan platform digital ini. Disebabkan itu, mereka merasakan adalah tidak perlu untuk mereka mempelajari dan mendalami proses tersebut.
“Jadi, pada waktu ini, golongan muda memainkan peranan utama dalam membantu mereka mempelajari dunia digital, sekali gus mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian,” katanya.
Abang Mohammad berkata demikian dalam temu bual khas menerusi slot AWANI Pagi sempena sambutan Hari Malaysia 2020 di Pasar Sentral di sini, pada Rabu.
Tambahnya, proses pendigitalan kini lebih disambut baik oleh generasi muda kerana golongan ini peka terhadap keperluan dan kepentingan mendalami platform ini.
Bukan sahaja membantu memudahkan urusan seharian, malah ia juga membantu dalam mengembangkan perniagaan.
“Zaman ini, kanak-kanak pun sudah mahir menggunakan gajet apatah lagi bermain dengan pelbagai aplikasi yang disediakan. Ini secara tidak langsung sudah mendukung hasrat mendigitalkan Sarawak secara sepenuhnya.
“Jadi, saya percaya di masa akan datang, perkembangan digital akan berlaku dengan lebih cepat dan pastinya ia akan mampu menguntungkan dan memudahkan ramai pihak,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Abang Mohammad Abang Jes
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#digital
#gajet
#golongan muda
#Hari Malaysia 2020
#perniagaan
#Sibu
#transformasi
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan