KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk memulakan pendigitalan terhadap sistem kesihatan menjelang 2030 atau lebih awal bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada pesakit.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata pendigitalan penjagaan kesihatan merupakan antara keutamaan beliau di KKM.
"Teleperubatan, rekod kesihatan elektronik dan analisis data menjadi alat penting dalam landskap penjagaan kesihatan moden kini," katanya dalam ucapan pembukaan persidangan Pengurusan Hospital Asia di sini hari ini.
Beliau berkata Malaysia mengiktiraf kepentingan teknologi berkenaan dan telah berusaha gigih untuk mengintegrasikannya dengan sistem penjagaan kesihatan negara.
"Inovasi ini bukan sahaja untuk menambah baik penjagaan pesakit tetapi juga meningkatkan kecekapan keseluruhan dalam penyampaian penjagaan kesihatan," katanya.
Menurut Dr Zaliha kecekapan dalam penjagaan kesihatan adalah mengenai memaksimumkan sumber ketika memberikan penjagaan berkualiti tinggi, yang bermakna mengurangkan beban pentadbiran yang tidak perlu, memperkemaskan proses dan menghapuskan pembaziran.
Katanya satu daripada cara untuk mencapai matlamat itu ialah melalui pendigitalan rekod penjagaan kesihatan dan pelaksanaan sistem kesihatan elektronik kerana dengan berbuat demikian akan mengurangkan kertas kerja, meminimumkan kesilapan dan meningkatkan kebolehcapaian maklumat pesakit, sekali gus menjadikan penjagaan kesihatan lebih efisien.
Persidangan memasuki edisi ke-22 itu berlangsung dua hari bermula hari ini dan menarik 1,100 peserta dari 28 negara dengan tema 'Menerima Perubahan untuk Penjagaan Kesihatan yang Lebih Cekap'.
Mengulas mengenai persidangan itu, Dr Zaliha berkata ia merupakan peluang untuk KKM sendiri belajar banyak perkara serta berkongsi pengalaman mengenai pengurusan hospital, mempertingkatkan dan memperkemaskan perkhidmatan kesihatan negara serta memantapkan lagi kerjasama awam dan swasta.
Ditanya sama ada kementerian akan mewajibkan vaksin Influenza berikutan kes yang meningkat, beliau berkata pihaknya perlu memberi vaksin itu kepada petugas barisan hadapan dan kakitangan kesihatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan lain.
Mengenai sokongan psikologi kepada keluarga yang kehilangan enam ahli keluarga mereka dalam kemalangan di Segamat pada Jumaat lepas, Dr Zaliha berkata kementerian telah bekerjasama dengan agensi berkaitan lain dalam menawarkan sokongan yang mungkin diperlukan dan beliau telah bertemu ahli keluarga berkenaan semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Dr Zaliha berkata pendigitalan penjagaan kesihatan merupakan antara keutamaan beliau di KKM. - Gambar/ Bernama
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Mangsa yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba.
Lebih 10,000 penyakit bawaan air dikesan di 6 negeri terjejas banjir - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10,272 penyakit bawaan air di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak setakat semalam.
MA pukul doktor: KKM serah panel bebas, JKN Perak diarah siasat semula - Dr Dzulkefly
KKM menyerahkan kepada Pasukan Petugas Khas bebas untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kes pembantu pegawai perubatan memukul doktor yang berlaku di Hospital Gerik, Perak.
Banjir: Pengendali PPS diingat jaga kualiti makanan, elak keracunan - Dzulkefly
KKM mengingatkan pengendali pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir supaya memastikan kualiti makanan terjaga bagi mengelakkan sebarang kes keracunan makanan akibat makanan tercemar.
KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan kos perubatan - Lukanisman
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pembangunan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dalam perawatan hospital seluruh negara sebagai usaha menangani kenaikan kos perubatan.
SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururawat esok
Pertemuan esok akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Hospital Seri Iskandar beroperasi 11 Disember - Dr Dzulkefly
Hospital Seri Iskandar (HSI) yang akan mula beroperasi pada 11 Dis ini akan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di daerah Perak Tengah.
KKM rangka super apps, tawar perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans
'Super apps' atau aplikasi mudah alih super akan menguruskan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk pesanan ambulans.