Sebarang pendirian yang bakal dibuat oleh kerajaan berhubung kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual) adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta tatasusila masyarakat negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Dr Md Farid Md Rafik berkata walaupun kelakuan golongan berkenaan tidak sesuai dengan norma masyarakat majoriti di negara ini, tidak bermakna mereka boleh didiskriminasikan.
"Mereka juga rakyat Malaysia dan mempunyai hak yang sama dengan mana-mana rakyat negara ini, justeru kita perlu lindungi hak mereka daripada sebarang bentuk diskriminasi sama ada di tempat kerja atapun tempat-tempat lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tautan Kasih dan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Selangor, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dilaporkan berkata golongan transgender meminta agar tidak didiskriminasi masyarakat dan mendapat layanan saksama seperti rakyat Malaysia yang lain.
Mujahid yang sebelum itu menerima kunjungan aktivis Nisha Ayub yang mewakili golongan transgender turut dilaporkan berkata golongan berkenaan perlu diberi peluang kerana mereka juga mahu menyumbang kepada negara dan menikmati akses sama rata dengan masyarakat yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 11 2018
Md Faridberkata walaupun kelakuan golongan berkenaan tidak sesuai dengan norma masyarakat majoriti di negara ini, tidak bermakna mereka boleh didiskriminasikan. Foto: Facebook/@PHTanjungPiai
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tanjung Piai Memilih: Memahami personaliti Wee Jeck Seng dan Karmaine Sardini
Pada 16 November ini (Sabtu), pengundi di Tanjung Piai akan memilih wakil mereka dalam Pilihan Raya Kecil. Siapakah calon yang memenangi hati pengundi?
Allahyarham Dr Md Farid selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Hj Ahmad Kampung Chokoh, Pontian pukul 5.05 petang tadi.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Dr Md Farid
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia pagi tadi.
Bersatu jangan bercakaran sesama sendiri, pesanan terakhir Dr Md Farid
Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik sempat menyampaikan "pesanan terakhir" kepada masyarakat setempat di Tanjung Piai dalam satu acara di Pontian Jaya, malam tadi.
Malaysia beri sambutan permaidani merah kepada PM Pakistan
Malaysia memberi sambutan permaidani merah kepada Perdana Menteri Pakistan Imran Khan yang tiba di sini, untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara ini.
Pendirian kerajaan mengenai LGBT berlandaskan perlembagaan, tatasusila masyarakat
Sebarang pendirian yang bakal dibuat oleh kerajaan berhubung kumpulan LGBT adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan serta tatasusila masyarakat negara ini.