awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendirian saya tentang demonstrasi jalanan masih sama - Dr Mahathir

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
01/09/2015
10:12 MYT
Pendirian saya tentang demonstrasi jalanan masih sama - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa pendiriannya tentang demonstrasi jalanan adalah masih sama seperti dahulu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa pendiriannya tentang demonstrasi jalanan adalah masih sama seperti dahulu.
Menurutnya, ada cara lain yang boleh digunakan untuk menyatakan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan.
Dr Mahathir berkata antara cara yang boleh digunakan adalah membuat laporan polis, dengan harapan polis serta Pendakwa Raya akan ambil tindakan dan menghadapkan pihak yang dituduh ke mahkamah.
“Saya pernah menyatakan demonstrasi jalanan tidak harus diguna untuk tekanan politik kerana ia menjejaskan perniagaan terutama perniagaan kecil dan ekonomi Negara,” katanya di dalam entri terbaru beliau di dalam blognya.
Dr Mahathir berkata demikian semasa merujuk kepada tindakannya hadir pada perhimpunan Bersih 4 yang di adakan di ibu kota, pada 29 dan 30 Ogos lalu. Perhimpunan itu telah dikategorikan sebagai haram oleh kerajaan dan pihak polis.
Beliau mendakwa institusi-institusi Kerajaan yang ditugas untuk melindungi hak rakyat, tidak lagi berfungsi seperti yang sepatutnya dan oleh sebab itu, beliau terpaksa hadir demonstrasi jalanan anjuran Bersih.
Tindakan Dr Mahathir telah mengecewakan ramai ahli UMNO termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang berkata beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#Dr Mahathir
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan