awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk alami kesukaran akibat jambatan roboh

Bernama
Bernama
26/11/2012
04:13 MYT
Penduduk alami kesukaran akibat jambatan roboh
Kira-kira 200 penduduk mengalami kesukaran apabila sebuah jambatan konkrit di Sungai Chelong di Kampung Teluk Sira, Mukim Bagan Samak di Bandar Baharu roboh Jumaat lepas.
Jambatan itu yang dibina sejak enam tahun lalu digunakan penduduk termasuk pelajar sekolah untuk ke jalan besar.
Seorang petani Abdul Aziz Bakar, 58, berkata penduduk juga menggunakan jambatan untuk membawa hasil tanaman mereka bagi dijual di Bandar Baharu.
"Sekarang kami terpaksa guna jalan yang lebih jauh. Kerajaan perlu membina semula jambatan ini dengan segera," katanya.
Pegawai Khas Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Helmi Abdul Khan yang meninjau jambatan itu berkata beliau akan meminta pihak Jabatan Parit dan Saliran membina semula jambatan tersebut.
Jurutera JPS Daerah Kulim/Bandar Baharu, Azli Ahmad berkata anggaran kos bagi membina jambatan baharu bernilai RM180,000.
Topic Berkaitan
#Bandar Baharu
#Jambatan Roboh
#Kulim
#Sungai Chelong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan