KOTA BHARU: Penduduk di sekitar kawasan Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa mengadu menghadapi gangguan bekalan air paip disalurkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang didakwa mereka berasa masin dan payau sejak beberapa hari lalu.
Seorang peniaga wanita di Kubang Kerian,43 berkata, keadaan berlaku itu mengganggu rutin harian pengusaha kedai makan kerana pelanggan merungut terhadap air yang disediakan mengandungi rasa masin dan payau.
"Pelanggan merungut air minuman di kedai saya berasa masin dan payau. Air kopi, teh dan semua jenis minuman yang dibuat menggunakan air paip itu akan rasa masin.
“Ada pelanggan minta tambah kopi tetapi tetap rasa masin. Kasihan pelanggan kerana mereka tidak dapat menghabiskan minuman yang masin dan payau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Isnin.
Menurutnya, keadaan itu berlaku sejak lima hari lalu menyebabkan dia terpaksa menggunakan air telaga dari rumah ibunya di Kampung Pulau Raja Kubang Kerian untuk berniaga.
“Sebanyak 10 gelen air diangkut dua kali sehari dengan menggunakan kereta dan ini adalah kejadian pertama kali berlaku sejak saya berniaga tujuh tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, seorang suri rumah di Kampung Kenali, Kubang Kerian, 39, berkata, keadaan air paip rasa masin dan payau itu menyebabkan loya apabila digunakan untuk berkumur serta menggosok gigi.
“Kalau digunakan untuk mandi, akan rasa melekit pada badan dan sekarang kami perlu membeli air mineral untuk minuman.
“Air paip ini walaupun melalui penapis air atau dimasak masih terasa masin,” katanya.
Seorang lagi penduduk di Pengkalan Chepa, Mohd Firdaus Shamsudin, 35, mengharapkan pihak AKSB segera mengatasi masalah kualiti air yang dibekalkan tersebut.
“Kami tidak tahu kandungan yang menyebabkan air tersebut masin dan dibimbangi apabila diminum boleh menyebabkan sakit perut terutama kepada kanak-kanak,” katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Besar AKSB, Datuk Dr Azuhan Mohamed ketika dihubungi berkata, gangguan kualiti air tersebut berpunca daripada penerobosan air laut ke Sungai Pengkalan Datu di sini dan dipercayai meresap ke bawah permukaan tanah.
BACA: Bekalan air bertukar payau akibat penerobosan air masin - Air Kelantan
Menurut beliau, gangguan berlaku di kawasan agihan Logi Rawatan Air (LRA) Chicha, Kubang Kerian dengan bacaan kandungan klorida adalah 2.27 gram per liter pada Khamis lalu.
“Bagi meningkatkan sumber air mentah di LRA Chicha untuk menghadapi permintaan air yang tinggi semasa sambutan Tahun Baharu Cina, AKSB menyalurkan air Sungai Pengkalan Datu ke Telaga Jejari Pasir Tumboh (TJ) pada 30 Januari lalu dan kandungan klorida dalam air sungai pada masa itu adalah 0.14 gram per liter.
“Pada 31 Januari lalu, kadar pengeluaran air terawat dari LRA Chicha adalah 71.6 juta liter sehari (JLH) berbanding 62 JLH kadar pengeluaran air sebelum penyaluran air Sungai Pengkalan Datu ke TJ,” katanya.
Menurutnya susulan aduan itu, pengepaman air mentah dari TJ dikurangkan secara berperingkat dan pada hari Isnin pengepaman air mentah dari TJ dihentikan sepenuhnya susulan kandungan klorida dalam air terawat masih tinggi.
“Kualiti air terawat dari LRA Chicha akan beransur pulih. Sebarang aduan berkenaan bekalan air boleh dibuat kepada AKSB melalui talian 15777 atau WhatsApp ke 019-5755777 atau emel ke [email protected] atau applikasi MyAKSB yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 07 2022

Pelanggan merungut air yang disediakan mengandungi rasa masin dan payau. -Gambar hiasan/Wikipedia

Biro Politik PKR adakan mesyuarat khas hujung bulan ini, tumpu program PRN Sabah - PM Anwar
Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mei ini bagi membincangkan mengenai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Rafizi tokoh sesuai sertai 'payung besar' PRU16 - Annuar Musa
Annuar berpandangan bahawa Rafizi merupakan tokoh yang sesuai untuk menyertai satu koalisi politik nasional yang disifatkan sebagai payung besar.
AWANI Ringkas: Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tular: Penganggur diberkas, modus operandi sasar kereta tak berkunci
Seorang penganggur dipercayai aktif melakukan kegiatan curi menggunakan modus operandi menyasarkan kenderaan yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Lelaki parah ditetak bekas suami kekasih
Angkara cemburu, seorang lelaki parah ditetak tiga individu termasuk bekas suami teman wanitanya di di Puchong, Subang Jaya pada Sabtu.
Wonda Kopi Kluang cemerlang, lebih 2 juta tin terjual
Edisi terhad Wonda Kopi Kluang yang diperkenalkan melalui kempen filem Keluang Man telah merekodkan jualan melebihi dua juta tin di seluruh negara.
ASEAN 25: Reruai, pameran ketengah keunikan produk dan budaya Malaysia
Reruai jualan dan pameran terbuka kepada orang awam bermula pada 23 hingga 25 Mei, manakala delegasi ASEAN pada 26 dan 27 Mei, melibatkan sejumlah 36 reruai dengan 25 pempamer.

PKR minta 13 kerusi untuk PRN Sabah - Nurul Izzah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengemukakan permintaan untuk bertanding di 13 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

UMNO tidak tamak minta jawatan menteri kabinet jika berlaku kekosongan
"Itu hak mereka, kita tidak boleh campur dan kita tahu batas-batas permintaan kita."

Trump ugut kenakan tarif ke atas telefon pintar yang tidak dihasilkan di AS
Trump mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas produk Apple jika iPhone tidak dihasilkan di Amerika Syarikat.

Selangor rangka pelan induk air, tangani isu berbangkit secara holistik - Amirudin
Selangor ketika ini sedang merangka pelan induk air bagi menangani isu berkaitan bekalan air jangka panjang, pencemaran serta penyelesaian masalah banjir di kawasan tertentu.

RUU berkaitan pengurusan sumber air mentah dibentang bulan ini - Chow
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membentangkan rang undang-undang (RUU) berkaitan pengurusan sumber air mentah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung bulan ini.

LRA Wakaf Bunut beroperasi selepas isu pencemaran Sungai Rasau
LRA Wakaf Bunut di Pasir Puteh kembali beroperasi selepas dihentikan sementara berikutan insiden pencemaran air di Sungai Rasau baru-baru ini.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 1.9 peratus pada Mac 2025 - DOSM
Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) susut 1.9 peratus pada Mac 2025 berbanding peningkatan 0.3 peratus pada Februari 2025, terutamanya disebabkan oleh sektor perlombongan.

Gangguan air: 162,000 pengguna di Pulau Pinang sudah dapat bekalan semula
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi tadi.

Peniaga simpan air awal, premis makanan beroperasi seperti biasa
Peniaga, terutama dalam sektor makanan dan minuman di P. Pinang alami gangguan bekalan air berjadual selama 4 hari bermula semalam.

Persiapan pelaksanaan 23 projek air serentak memuaskan - PBAPP
Persiapan bagi pelaksanaan serentak 23 projek kerja air di Pulau Pinang bermula 25 April ini adalah memuaskan, dengan projek tersebut sedia dilaksanakan secara selamat, pantas dan berjaya.

13 projek pembangunan jangka panjang pastikan bekalan air mencukupi di Sabah
Ia sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan bekalan air di negeri Sabah mencukupi.

Selesai masalah 'tiga serangkai' yang sekian lama membelenggu Sabah - ADUN
Masih ada rakyat yang berdepan dengan masalah infrastruktur bekalan air bersih, elektrik dan jalan raya.

Anwar bantu selesai isu bekalan air Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi
Sumbangan itu diserahkan Setiausaha Politik PM bagi menjelaskan tunggakan bayaran yang mencecah ribuan ringgit kepada PAIP.