awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk di kawasan 'hotspot' tanah runtuh diminta sentiasa berwaspada

Bernama
Bernama
24/12/2021
11:22 MYT
Penduduk di kawasan 'hotspot' tanah runtuh diminta sentiasa berwaspada
Takiyuddin berkata pemantauan terhadap 220 cerun kritikal di seluruh negara oleh JMG telah mengenal pasti 122 lokasi cerun tanah yang diklasifikasikan sebagai utama yang berpotensi berlakunya bencana tanah runtuh. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Penduduk di kawasan cerun kritikal tahap tinggi diminta agar lebih berwaspada dengan kawasan sekitar dan mengambil tindakan segera jika wujud tanda-tanda awal berlakunya tanah runtuh, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Kawasan 'hot spots' yang telah dikenal pasti ialah Bukit Antarabangsa dan Sungai Penchala di Selangor; Cameron Highlands, Pahang; Genting Peres, Negeri Sembilan; Gunung Jerai, Kedah; Bukit Canada Miri, Kapit dan Santubong di Sarawak; Keningau, Kampung Kiau-Melangkap-Kundasang-Ranau, Sandakan, Sepanggar, dan Kota Kinabalu di Sabah serta 30 kawasan di Pulau Pinang, katanya.
"Orang awam diminta menghubungi segera talian Hotline Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri yang boleh didapati di portal rasmi JMG Malaysia (www.jmg.gov.my) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memaklumkan sebarang tanda atau kejadian tanah runtuh yang berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Takiyuddin berkata pemantauan terhadap 220 cerun kritikal di seluruh negara oleh JMG telah mengenal pasti 122 lokasi cerun tanah yang diklasifikasikan sebagai utama yang berpotensi berlakunya bencana tanah runtuh.
Beliau berkata JMG telah memuat naik maklumat berkenaan lokasi hot spots tersebut dalam media sosial rasmi jabatan seperti Twitter dan Facebook.
"Maklumat ini turut dikongsikan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan juga ahli Jawatankuasa Pelan Induk Cerun Negara yang turut dianggotai oleh semua pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat," katanya.
Menurutnya, Jabatan Meterologi sebelum ini melaporkan Fasa Timur Laut telah bermula pada 3 Nov lepas dan dijangka berterusan sehingga Mac 2022 dengan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh akan berlaku di kebanyakan negeri dengan purata hujan di antara 50 milimeter (mm) hingga 850 mm.
Beliau berkata lebih 100 kejadian tanah runtuh telah direkodkan di Kuala Lumpur dan Selangor berpunca daripada curahan hujan berterusan yang berlaku pada 16 hingga 19 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#hot spot
#kawasan cerun
#Takiyuddin Hassan
#Bukit Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan