awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk di Kelantan buat persediaan awal hadapi Sonamu

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2013
23:03 MYT
Penduduk di Kelantan buat persediaan awal hadapi Sonamu
Penduduk di Kelantan kini membuat persediaan awal apabila meninggalkan rumah masing-masing dan menumpang di rumah saudara-mara susulan gelombang ketiga banjir yang dijangka berlaku.
Penduduk kampung di Kampung Pantai Sabak, Kampung Tanjung Kuala dan Kampung Kemaruk di Pengkalan Chepa kini dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika ribut Sonamu melanda.
Kalangan penduduk mengadakan rondaan secara bergilir-gilir di sepanjang pantai berkenaan bagi memantau keadaan semasa.
Ada juga yang mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan.
Sementara itu, tinjauan Astro Awani di sepanjang pesisir Pantai Sabak sehingga awal pagi Selasa mendapati, keadaan tenang dan tiada laporan mengenai berlakunya ombak besar.
Angin juga bertiup sederhana manakala paras ombak hanya dianggarkan setinggi dua meter.
Bagi seorang penduduk, Tengku Zaman Tengku Abdullah, penduduk kampung telah mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang minggu ini.
Katanya lagi, penduduk kampung akan terus memantau sehingga awal pagi ini bagi melihat keadaan laut.
Topic Berkaitan
#Pengkalan Chepa
#Tengku Zaman Tengku Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan