KUANTAN: Ibarat projek rumah terbengkalai. Itu dapat digambarkan sebaik melihat keadaan deretan rumah di Lorong Gambang Damai 29, di sini yang tidak berpenghuni sejak dua tahun lepas akibat beberapa kediaman terjejas dalam kejadian tanah runtuh.
Meskipun lebih dua tahun bencana alam itu berlaku, masih menjadi tanda tanya buat lebih 10 pemilik rumah di situ mengenai tindakan susulan daripada pihak berwajib berkenaan tahap keselamatan untuk mereka mendiami semula kediaman masing-masing.
Pengerusi Persatuan Penduduk Gambang Damai (Desa Hijauan) Norazen Md Dadi berkata kira-kira 20 kediaman terjejas selepas insiden berkenaan namun difahamkan hanya enam unit rumah yang rosak mendapat kediaman ganti baharu daripada pemaju.
Beliau berkata status rumah penduduk lain masih 'tergantung' dan rata-rata mereka inginkan kepastian mengenai keselamatan rumah jenis berkembar yang dibeli dengan harga lebih RM258,000 sejak 2016 itu.
"Penduduk di lorong ini telah diminta mengosongkan rumah pada hari kejadian atas faktor keselamatan dan sehingga kini terdapat penduduk menyewa di rumah lain kerana bimbang dengan keadaan rumah di sini yang terdapat kesan retak.
"Kami perlukan kata putus sama ada rumah itu boleh diduduki atau tidak dan kami terbuka untuk berbincang bersama pihak terlibat serta berharap campur tangan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, semalam.
Seorang lagi pemilik, Md Nasri Yusuff, 44, berkata penduduk terpaksa menanggung komitmen bulanan yang tinggi kerana perlu membayar sewa rumah dan pinjaman bulanan selain bayaran cukai taksiran masih dikenakan.
"Saya harap pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya kerana hampir tiga tahun kami duduk menyewa di tempat lain...moratorium yang diberikan sebelum ini setahun, dan selepas itu kami terpakasa membayar komitmen dua rumah," katanya.
Roslina Ahmad Said, 39, berharap rumah ganti diberikan iaitu sebuah rumah dijangka siap pada September kelak setimpal dengan harga kediamannya di Gambang Damai yang dibeli hampir RM300,000.
"Difahamkan harga rumah ganti lebih rendah daripada rumah ini, saya hanya harapkan ganti rugi yang setimpal kerana masih perlu menanggung bayaran bulanan rumah sekarang iaitu RM1,400 manakala rumah sewa RM500," katanya.
Pada 5 Jan 2021, dua buah rumah dilaporkan runtuh dipercayai akibat pergerakan tanah kesan daripada hujan berterusan sekitar 3.40 pagi, bagaimanapun, insiden itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa kerana penghuninya telah keluar daripada rumah tersebut lebih awal.
Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan pula mendapati rumah runtuh tersebut masih belum dibersihkan selain kediaman penduduk berhampiran yang telah mengosongkan rumah dipenuhi sampah sarap dan semak samun.
Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah ketika dihubungi berkata beliau telah mengangkat isu tersebut kepada pengetahuan kerajaan negeri dengan memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun untuk tindakan sewajarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Meskipun lebih dua tahun bencana berlaku, masih menjadi tanda tanya buat lebih 10 pemilik rumah mengenai tindakan susulan pihak berwajib berkenaan tahap keselamatan untuk mereka mendiami semula kediaman masing-masing. -Gambar fail
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.