awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Hulu Dungun gesa kerajaan segera baiki jalan berlubang

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
27/11/2021
23:45 MYT
Penduduk Hulu Dungun gesa kerajaan segera baiki jalan berlubang
Masalah mendapan semakin ketara hingga membentuk lubang besar seperti kawah dengan kedalaman satu hingga lima meter di kedua-dua laluan utama. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Lebih 5,000 penduduk di Hulu Dungun menggesa pihak berwajib agar segera menyelesaikan masalah jalan mendap dan berlubang di Kilometer 10, Jalan Tepus-Pasir Raja.
Penduduk mendakwa, mendapan sering berlaku di laluan terbabit sejak 2014, bagaimanapun, pihak berkuasa hanya menampalnya.
Kali terakhir dibuat tampalan, kata mereka, adalah pada 30 Ogos lalu.
Menurut penduduk, masalah mendapan yang berlanjutan hampir tujuh tahun itu dilihat semakin ketara hingga membentuk lubang besar seperti kawah, dengan kedalaman satu hingga lima meter di kedua-dua laluan utama kawasan tersebut.
Susulan itu, mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif Bukit Besi-Rantau Panjang yang terletak kira-kira 30 kilometer dari laluan berkenaan untuk ke pusat bandar.
Sementara itu, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Dungun, Anuar Awang ketika dihubungi berkata, masalah tersebut kini di peringkat menunggu kelulusan untuk kerja-kerja pembaikian dan baik pulih jalan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak melalui kawasan yang ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Topic Berkaitan
#Hulu Dungun
#jalan berlubang
#jalan mendap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan