awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FAMA perluas rangkaian Kopiesatu, buka peluang keusahawanan dan ekonomi setempat
AstraZeneca jalin kerjasama dengan syarikat China untuk ubat turunkan berat
Sabah dalam proses dapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015 dan ABMS 37001:2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk kampung cemas hadapi banjir selepas 14 tahun tiada bah

Bernama
Bernama
21/06/2020
13:47 MYT
Penduduk kampung cemas hadapi banjir  selepas 14 tahun tiada bah
Keadaan banjir di Kampung Parit Pulai, Parit Sulong, di sini, setelah hujan lebat yang bermula sekitar 5 pagi semalam. - Bernama
Bagi 43 keluarga di Kampung Parit Gantong dan Kampung Parit Pulai, Parit Sulong yang terjejas banjir sejak semalam, kejadian itu adalah satu pengalaman yang mencemaskan kerana kali terakhir bah melanda di situ ialah 14 tahun lalu.
Ketika air mula naik selepas enam jam hujan lebat tanpa henti bermula 5 pagi, rata-rata penduduk 'terperangkap' memandangkan mereka tidak bersedia dengan keadaan tersebut.
Rouzahana Maslan, 52, berkata kali terakhir mereka mengalami situasi itu ialah pada 2006 ketika banjir besar melanda Johor.
Menurut pengusaha bakeri itu, air naik dengan cepat menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan beberapa peralatan membuat roti serta kuih.
"Saya hanya mampu lihat kesemuanya ditenggelami air," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Parit Pulai, di sini pada Ahad.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Nurul Alisya Abdul Malik, 20, memberitahu dia tidak menyangka hujan lebat tersebut mengakibatkan kediaman bapanya di Kampung Parit Pulai ditenggelami air.
Menurut pelajar sebuah institusi pengajian tinggi itu, banjir melanda ketika dia sedang menduduki ujian dalam talian yang bermula pada 9 pagi.
"Saya tidak menyedari air banjir naik mendadak ... ingatkan seperti selalu iaitu air akan memenuhi halaman rumah dan surut beberapa jam selepas itu.
"Namun sebaik selesai ujian, saya terkejut apabila mendapati bahagian dapur rumah telah dipenuhi air banjir. Ini kali kedua saya berdepan banjir. Kali pertama pada 2006 ketika saya berusia enam tahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bah
#banjir
#Kampung Parit Gantong
#Kampung Parit Pulai
#keluarga
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan