FAMA perluas rangkaian Kopiesatu, buka peluang keusahawanan dan ekonomi setempat

Aminuddin berkata inisiatif itu bukan sahaja membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk berkembang malah berpotensi meningkatkan rantaian ekonomi komuniti melalui penglibatan pemain industri kecil dan sederhana. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Usaha memperluas rangkaian Kopiesatu kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) disifatkan langkah strategik dalam meningkatkan peluang keusahawanan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.
Ringkasan AI
- Usaha memperluas rangkaian Kopiesatu oleh FAMA merupakan langkah strategik untuk meningkatkan peluang keusahawanan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.
- Inisiatif ini menawarkan model pelesenan menyeluruh kepada usahawan termasuk latihan, bimbingan operasi, penggunaan sistem jualan, promosi, dan pemantauan berterusan.
- Cawangan Kopiesatu yang beroperasi di bawah FAMA menyediakan platform pemasaran dan peluang keusahawanan khususnya dalam sektor makanan dan minuman berasaskan kopi tempatan.
"Pendekatan ini membuktikan komitmen FAMA dalam melahirkan lebih ramai usahawan berdaya saing, mampan dan berkembang bersama-sama jenama tempatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli berkata cawangan itu antara yang beroperasi di bawah model perniagaan secara pelesenan, iaitu inisiatif strategik agensi itu bagi menyediakan platform pemasaran dan peluang keusahawanan khususnya dalam sektor makanan dan minuman berasaskan kopi tempatan.
Beliau berkata model pelesenan Kopiesatu ditawarkan FAMA merangkumi sokongan menyeluruh kepada usahawan meliputi aspek pentadbiran, kursus dan latihan, penggunaan perisian sistem jualan, set uniform rasmi, promosi dan hebahan, pemantauan operasi serta kos berkaitan yang lain.
"Pendekatan ini bertujuan memastikan setiap cawangan Kopiesatu beroperasi mengikut standard kualiti dan identiti jenama ditetapkan," katanya.
Beliau berkata pelesenan Kopiesatu turut menyediakan beberapa pakej perniagaan antaranya Pakej Kiosk, Pakej Food Truck (baharu dan sedia ada) serta Pakej Push Cart, sekali gus memberi fleksibilitikepada usahawan mengikut kesesuaian lokasi dan kapasiti perniagaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


