JITRA: Menterjemahkan semangat kecintaan kepada negara tidak hanya dengan mengangkat senjata menentang musuh, sebaliknya mengorbankan sesuatu yang disayangi juga dapat membuktikan rasa cinta kepada tanah air dan menyemarakkan semangat patriotik.
Untuk itu sekumpulan penduduk di Kampung Tanah Merah di sini bertindak 'mengorbankan' tiang gol bola sepak kesayangan mereka untuk dijadikan tiang Jalur Gemilang.
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanah Merah Azman Abu Hassan berkata sejak negara dilanda pandemik COVID-19, pelbagai aktiviti yang biasa dilakukan seperti bersukan secara berkumpulan terpaksa dihentikan bagi mengekang penularan wabak itu.
"Jadi kami terfikir untuk 'korbankan' tiang gol kesayangan kami menjadi tiang bendera yang besar sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 tahun ini," katanya kepada Bernama di Kampung Tanah Merah, dekat sini hari ini.
Azman berkata besi tiang gol yang asal dipotong dan disambung menjadi sebatang tiang setinggi hampir 20 meter dengan kerjasama penduduk yang menggelar diri mereka sebagai Pasukan Sukarelawan Kampung Tanah Merah.
Katanya, kos untuk 'projek Merdeka' itu juga hasil kutipan daripada poket masing-masing.
Beliau berkata, tiang gol berkenaan sangat bermakna bagi penduduk kampung khususnya anak-anak muda kerana ia menyimpan sejarah dan kenangan manis buat mereka sebelum negara dilanda wabak COVID-19.
"Sebenarnya tiang gol ini dibeli dengan menggunakan duit hasil jualan hadiah kemenangan pasukan bola sepak anak-anak muda kampung ini pada pertandingan bola sepak antara kampung beberapa tahun lepas.
"Ketika itu pasukan kami dapat hadiah seekor kambing dan 20 ekor itik. Kambing itu kami jual, dapat dalam RM700 kami buat tiang gol ini, sebab itulah kami sayang.
"Tapi sekarang nak main bola pun dah tak boleh, jadi daripada membiarkan ia terbiar kami rasa patut buat sesuatu bermakna untuk abadikan tiang gol ini," katanya.
Beliau berkata mereka memutuskan untuk memacak tiang bendera itu di tepi sawah di tengah kampung.
"Melihat bendera selebar kira-kira empat meter berkibar tinggi di ruang udara kampung hasil kerjasama penduduk menaikkan lagi semangat kami untuk menyambut Hari Kebangsaan walaupun kita semua sedang diuji dengan wabak yang cukup menyedihkan," katanya.
Azman berkata penduduk juga memasang lebih 100 Jalur Gemilang di seluruh kampung bagi menceria dan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
"Kami melakukan semua persiapan ini dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) agar tidak timbul sebarang masalah," katanya.
Menurut Azman kampungnya juga terpilih mewakili Kedah dalam Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Empat kampung di Kedah terpilih ke pertandingan itu dan kami sangat berbangga kerana kampung kami salah satu daripadanya. Usaha kami dalam memastikan kampung bebas daripada COVID-19 nampaknya dihargai," katanya.
Beliau berkata bagi memastikan kebersihan dan keselamatan, pasukan sukarelawan melakukan proses sanitasi di seluruh kampung, selain melaksanakan aktiviti rondaan malam serta kawalan keluar masuk orang awam.
"Kami juga membantu penduduk agar masing-masing mendapat suntikan vaksin, bagi yang uzur dan kurang upaya kami bantu mudahkan proses suntikan selain memastikan tiada penduduk kampung yang terputus bekalan makanan dalam tempoh pandemik ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021

Sekumpulan penduduk di Kampung Tanah Merah bertindak 'mengorbankan' tiang gol bola sepak kesayangan mereka untuk dijadikan tiang Jalur Gemilang. -Gambar fail

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

e-Sukan | PUBG Mobile zahirkan sokongan terhadap atlet negara
Sebagai tanda sokongan terhadap atlet e-Sukan negara di Sukan SEA Hanoi, Tencent Games menganjurkan program acara melibatkan atlet berkenaan secara langsung. Pengurus Pemasaran PUBG Mobile, Adil Hisham berkata, program itu juga menjadi platform untuk menghimpunkan kesemua peminat e-Sukan.

AWANI Ringkas: KPLB peruntuk RM80 juta untuk sekuriti makanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekalan Makanan | Mydin hadkan pembelian ayam
Pasar raya Mydin menghadkan pembelian ayam dengan setiap pelanggan boleh membeli dua ekor sahaja. Jelas Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, biarpun menghadkan pembelian, bekalan ayam di pasar raya tersebut masih mencukupi untuk pengguna di Selangor.

Politik | Pelancaran parti PEJUANG di Sabah ditangguh
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air di Sabah yang dijadualkan 22 Mei ini, ditangguhkan ke suatu tarikh akan dimaklumkan. Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, keputusan dibuat kerana ketiadaan Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai urusan kerja di Tokyo.

HFMD: Lebih banyak tadika di Perak akan ditutup
Lebih banyak tadika di Perak dijangka ditutup berikutan peningkatan wabak penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Duta Besar Malaysia | Lantikan Tajuddin tidak sepatutnya jadi isu
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu sepatutnya tidak menjadi isu.

Sekuriti Makanan | KPLB peruntuk RM80 juta
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi agensi di bawahnya iaitu RISDA dan FELCRA Berhad memperuntukkan 80 juta ringgit untuk menjamin bekalan dan sekuriti makanan negara. Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut, agensi-agensi KPLB akan berusaha mengukuhkan gedung makanan utama negara terutama dalam industri penternakan dan perladangan.

Aidilfitri | PM hadir Program Aidilfitri Tentera Darat
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri melibatkan warga Angkatan Tentera Darat Malaysia.

Pendaki Gunung Suku | Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat mangsa kedua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai, Ahad lepas. Penemuan itu dibuat pada hari ketujuh operasi, hari ini.

Cabaran Malaysia di Olimpik Musim Sejuk Beijing bermula
Kontinjen negara memperagakan persalinan musim sejuk berwarna hijau gelap serta hitam, selain dilengkapi topi salji berwarna putih tertera Jalur Gemilang di bahagian depan.

Perdana Menteri, isteri sertai sambutan Hari Kebangsaan secara maya
Sambutan berlangsung kurang satu jam bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

Sahul nekad sambut Hari Kebangsaan ikut cara tersendiri
Sahul Hamid Abdullah menghiasi motosikalnya dengan bendera mini Jalur Gemilang setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan.

Guna bahan terbuang buat replika kereta kebal
Replika kenderaan perang yang dihasilkan awal Ogos lalu itu menjadi satu kelainan dalam usahanya menterjemahkan semangat patriotisme.

Bomba Terengganu pamer semangat patriotik, 'kibar' Jalur Gemilang di dasar laut Pulau Bidong
Selaman mereka bukan sahaja untuk menyuntik semangat cintakan negara, malahan mampu memupuk semangat kerjasama dan berpasukan.

Penduduk Kampung Tanah Merah 'korbankan' tiang gol jadi tiang Jalur Gemilang
Besi tiang gol yang asal dipotong dan disambung menjadi sebatang tiang setinggi hampir 20 meter dengan kerjasama penduduk yang menggelar diri mereka sebagai Pasukan Sukarelawan Kampung Tanah Merah.

Hari Kebangsaan: Pesara kerajaan hiasi rumah dengan 700 Jalur Gemilang, bendera Sabah
Pesara kerajaan itu mengambil inisiatif tersebut bagi menggelorakan semangat patriotik sepanjang Bulan Kebangsaan, selain tanda menghargai nikmat kemerdekaan dikecapi negara selama ini.

Jalur Gemilang lambang kedaulatan negara dipasang megah di bangunan tinggi
Kerja-kerja pemasangan Jalur Gemilang di bangunan tinggi kadangkala ambil masa lebih lima jam, bergantung kepada keadaan cuaca.

Jadikan perjuangan kemerdekaan dahulu inspirasi - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, penularan pandemik COVID-19 tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk melupakan detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah.

Pertubuhan kebajikan kampung belanja RM700 pasang 100 Jalur Gemilang
Mereka memasang Jalur Gemilang pada tiang elektrik sepanjang 50 meter di lorong-lorong terpilih.