PASIR MAS: Kira-kira 300 penduduk daripada 58 keluarga di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini, tidak menyangka banjir besar berlaku di kampung mereka pada kali ini.
Rata-rata penduduk yang ditemui berkata walaupun kediaman mereka terletak kurang 50 meter dari Sungai Golok, namun banjir kali ini disifatkan luar biasa apabila paras air mencecah kira-kira tiga meter.
Warga emas yang paling lama menetap di kampung tersebut, Yah Umat, 78, berkata banjir kali ini menjadi sejarah buat dirinya apabila kampung tersebut dinaiki air sejak Jumaat lepas.
"Sepanjang saya tinggal di kampung ini sejak lebih 50 tahun lepas, ini kali pertama saya berdepan banjir luar biasa ini. Tak pernah air naik sedalam tiga meter dan deras daripada kebiasaan sehingga menenggelamkan jalan kampung yang terletak di kawasan tinggi.
"Sebelum ini, walaupun banjir, air tak pernah masuk ke dalam rumah, cuma di kawasan luar sahaja tetapi kali ini, air masuk ke dalam rumah hingga mencecah paras dada," katanya yang ditemui pemberita di kampung berkenaan hari ini.
Berikutan itu, Yah berkata beliau memutuskan untuk berpindah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To' Deh kerana bimbang banjir bertambah buruk berikutan air dari hulu sungai mula bergerak ke kawasan hilir.
"Saya sedih nak tinggalkan rumah tetapi nyawa lebih penting, sebab itu saya memutuskan untuk berpindah dengan bantuan anak-anak. Mujur ada pihak yang membantu saya pindah dengan menggunakan perahu," katanya.
Seorang lagi penduduk, Din Abdul Rahman, 57, berkata walaupun sudah biasa berdepan banjir yang berlaku setiap tahun namun kali ini bencana berkenaan dilihat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.
"Memang rumah penduduk di kawasan ini berdekatan Sungai Golok dan jika banjir berlaku, kami antara yang terawal terkesan dengan bencana tersebut.
"Apa yang berlaku hari ini boleh dianggap sebagai sejarah kerana air tak pernah sedalam dan sederas ini. Ramai yang berpindah ke tempat selamat kerana risaukan keselamatan masing-masing," katanya.
Sementara itu, tinjauan mendapati Batalion ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) turut membantu memindahkan penduduk ke PPS menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Kampung Tersang merupakan antara kawasan sering dinaiki air dan mengambil masa yang lama untuk surut berikutan banjir termenung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Penduduk kampung memberitahu, tidak pernah air naik sedalam tiga meter dan deras daripada kebiasaan sehingga menenggelamkan jalan kampung yang terletak di kawasan tinggi. - Bernama
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.