awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Kedah dibenar makan, minum di restoran bermula hari ini

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/05/2020
15:31 MYT
Penduduk Kedah dibenar makan, minum di restoran bermula hari ini
Waktu operasi restoran dan kedai makan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam bulan Ramadan turut dilanjutkan. - Gambar fail
Penduduk Kedah kini dibenarkan menikmati hidangan mereka di restoran dan kedai-kedai makan.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, keputusan dibuat setelah meneliti keadaan di Kedah memuaskan selain menerima permintaan daripada pemilik restoran sedia mematuhi syarat serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) berkaitan koronavirus (COVID-19) dan diputuskan dalam mesyuarat Exco pada Rabu.
“Oleh kerana Kedah menunjukkan prestasi yang begitu baik, kita rasa sudah tiba masanya untuk kita pertimbangkan semula.
“Memang banyak permintaan daripada restoran dan pengusaha-pengusaha restoran dan kita rasa mereka boleh mematuhi SOP tersebut dan yang paling penting kita tidak mahu ada penularan wabak ini apabila kita buat keputusan seperti ini.
“Jadi di peringkat persekutuan memang dah dibolehkan, di peringkat negeri baru hari ini dibolehkan,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, pada Rabu.
Jelasnya, waktu operasi restoran dan kedai makan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam bulan Ramadan dilanjutkan, bermula 3 petang hingga 10 malam bagi premis milik Muslim dan 8 pagi hingga 10 malam bagi restoran bukan Muslim.
Sebelum ini, tempoh operasi restoran dan kedai makan di Kedah dihadkan bermula 3 petang hingga 8 malam untuk premis Muslim, dan 8 pagi hingga 8 malam untuk restoran bukan Muslim dan urusniaga hanya dibenarkan secara bungkus, pandu lalu serta penghantaran.
Selain itu,Mukhriz turut menegaskan, kesemua 118 taska berdaftar di negeri ini, termasuk taska tempat kerja dan di rumah, taska komuniti serta taska institusi turut dibenarkan dibuka dengan syarat mematuhi SOP ditetapkan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kedah
#makan
#Mukhriz Mahathir
#PKPB
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan