Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan penduduk Kuantan supaya tidak menggunakan sumber air mentah dari mana-mana sungai yang tercemar bagi mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata orang ramai perlu sentiasa prihatin terhadap kesihatan mereka supaya sebarang perkara tidak diingini dapat dielakkan.
"Sekiranya tidak sihat hendaklah segera berkunjung ke klinik-klinik yang terdekat bagi rawatan awal.
"Selain itu, elakkan daripada memakan ikan atau mana-mana hasil tangkapan dari sungai yang disahkan tercemar oleh pihak Jabatan Alam Sekitar sebagai langkah pencegahan awal," katanya di sini.
Dalam pada itu, KKM melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKN) telah dan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memantau kesan perlombongan bauksit kepada kesihatan masyarakat.
Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuklah memantau kualiti air minum secara berkala serta memantau trend kehadiran pesakit di klinik-klinik yang terpilih.
"Sehingga Dis lepas, semua sampel air terawat yang dibekalkan dari LRA (Loji rawatan Air) Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh telah diambil oleh KKM dan sampel-sampel air yang dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia menunjukkan bahawa semua sampel parameter logam berat mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan.
"Bagi pemantauan di klinik pula sebanyak 11 klinik kesihatan di kawasan Kuantan telah dipilih untuk memantau kehadiran pesakit jangkitan trakus pernafasan atas (URTI), Asma dan Konjunktivitis bermula dari 2014...pemantauan ini adalah secara berterusan dan analisis akan dibuat dalam tempoh yang tertentu bagi melihat trend penyakit," katanya.
Sementara itu, Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan JKN Pahang pula secara berterusan melakukan pensampelan pemantauan terhadap kualiti makanan di kawasan terlibat secara berkala dengan kekerapan dua bulan sekali.
KKM juga dalam pada itu, membuat analisa terhadap lima jenis ikan dan hasillaut iaitu ikan mengkerung, ikan kekek, ikan gelama dan ikan anding serta lokan bagi parameter plumbum, kadmium dan arsenik tak organik.
Bernama
Fri Jan 08 2016
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan penduduk Kuantan supaya tidak menggunakan sumber air mentah dari mana-mana sungai yang tercemar bagi mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
Sumber air mentah perlu dipelbagaikan bagi atasi masalah bekalan air - Pakar
Menurut Profesional Persekitaran Air, Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed, masih belum terlambat untuk pihak berkenaan untuk mempelbagaikan sumber air mentah.
Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP
Loji tersebut terpaksa dihenti tugas selama kira-kira empat jam sejak lapan pagi tadi ekoran air mentah dari Sungai Muda terlalu keruh untuk dirawat dengan selamat.
Tiada keputusan jual air kepada Pulau Pinang - MB Perak
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini kerajaan negeri juga tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang.
66 peratus kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor
Pemulihan di kawasan Gombak adalah sebanyak 100 peratus manakala Kuala Lumpur, 57 peratus dengan 20 kawasan masih belum pulih.
Perak belum muktamad keputusan jual air mentah kepada Pulau Pinang
Pihaknya sedang memberi keutamaan penyaluran sumber berkenaan ke kawasan domestik, terutama di daerah Kerian terlebih dahulu.
Isu air mentah: Kedah, P.Pinang perlu segera cari kesepakatan
Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air mentah.
"Bayar dulu air mentah dari Kedah sebelum komen macam-macam" - Sanusi bidas PBAPP
MB Kedah harap PBAPP bayar tuntutan RM50 juta setahun bagi caj air mentah sebelum keluar sebarang kenyataan atau kritikan.
Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis
Dua lelaki disyaki terlibat dengan pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan sehingga berlaku gangguan bekalan air di Selangor ditahan pada Selasa.
Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih
LRA Bukit Tampoi bagaimanapun masih menunjukkan sisa pencemaran pada muka sauk dan belum boleh mula beroperasi.