awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Labuan rugi lebih RM200,000 penipuan dalam talian tawaran kerja

Bernama
Bernama
17/01/2024
20:00 MYT
Penduduk Labuan rugi lebih RM200,000 penipuan dalam talian tawaran kerja
Memandangkan teknologi semakin maju, individu digesa agar lebih berhati-hati dan mengesahkan kesahihan sesuatu peluang sebelum terlibat dalam sebarang transaksi kewangan. - Gambar hiasan
LABUAN: Peningkatan kes penipuan baru-baru ini yang menyasarkan penduduk Labuan menerusi tawaran peluang pekerjaan secara sambilan di platform media sosial telah menyebabkan 15 individu termasuk penjawat awam kerugian RM203,507 selepas wang simpanan mereka lesap.
Ketua Polis Labuan Supt Hamizi Halim berkata Bahagian Jenayah Komersil Labuan menerima 15 laporan polis berhubung penipuan sedemikian sejak awal bulan ini.
Beliau berkata modus operandi penipuan itu melibatkan penubuhan kumpulan WhatsApp iaitu pentadbir yang dikenali sebagai Olivia merekrut seorang individu untuk membentuk kumpulan tambahan dan menambah sebanyak mungkin kenalan.
"Ahli dalam kumpulan itu dijanjikan dengan pekerjaan sambilan yang bergaji lumayan dan kemudian ditipu untuk terlibat dengan pelaburan dalam talian haram," katanya dalam kenyataan semalam.
Tiada tangkapan dibuat berhubung kes itu setakat ini.
Hamizi turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati apabila ditawarkan pekerjaan sambilan dalam talian dengan gaji lumayan.
Beliau berkata polis Labuan sedang berusaha untuk mengenal pasti dan menangkap pelaku penipuan pekerjaan itu.
"Memandangkan teknologi semakin maju, individu digesa agar lebih berhati-hati dan mengesahkan kesahihan sesuatu peluang sebelum terlibat dalam sebarang transaksi kewangan.
"Pihak polis sentiasa komited untuk membanteras kegiatan penipuan ini dan kerjasama daripada orang ramai amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penduduk Labuan
#kerugian
#penipuan dalam talian
#tawaran pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan