awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023

Bernama
Bernama
31/07/2023
09:56 MYT
Penduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penduduk Malaysia dijangka bertambah 2.1 peratus pada 2023, diterajui oleh migrasi antarabangsa, data rasmi menunjukkan Isnin.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, kata Xinhua.
Menurut DOSM, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk adalah disebabkan oleh bilangan bukan warganegara yang lebih tinggi yang berkemungkinan meningkat daripada 2.5 juta pada 2022 kepada 3 juta pada 2023.
Populasi penduduk juga diunjurkan meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7 peratus.
Komposisi penduduk bagaimanapun diunjur menurun daripada 92.4 peratus pada 2022 kepada 91.1 peratus pada 2023.
Ini disebabkan oleh peningkatan komposisi penduduk bukan warganegara daripada 7.6 peratus kepada 8.9 peratus dalam tempoh yang sama.
Peningkatan itu selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Penstrukturan Semula Pekerjaan 2.0 mulai Januari 2023.
Menurut DOSM, jumlah lelaki mengatasi wanita pada 2023 dengan masing-masing 17.5 juta dan 15.9 juta.
Nisbah jantina bagi keseluruhan populasi ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.
Komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) diunjurkan meningkat daripada 69.6 peratus pada 2022 kepada 70.0 peratus pada 2023.
Peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas (usia tua) dijangka meningkat daripada 7.2 peratus kepada 7.4 peratus bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, komposisi penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2023 diramal menurun kepada 22.6 peratus berbanding 23.2 peratus pada 2022.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#penduduk malaysia
#populasi
#migrasi antarabangsa
#Jabatan Perangkaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan