SHAH ALAM: Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.2 juta setakat suku pertama tahun ini sekali gus menyaksikan ia meningkat 1.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 32.6 juta.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah itu merangkumi 30.4 juta atau 91.7 peratus warganegara dan 2.8 juta atau 8.3 peratus bukan warganegara.
Menurutnya, kenaikan ini disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara.
"Penduduk lelaki meningkat daripada 17.1 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun pertama 2022 manakala perempuan meningkat daripada 15.5 juta kepada 15.7 juta bagi tempoh yang sama.
"Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 104 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah Mohd Uzir, tiga negeri mencatatkan jumlah penduduk tertinggi pada suku tahun pertama 2023 iaitu Selangor (21.7 peratus) diikuti oleh Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.4 peratus).
Ujarnya, jumlah kelahiran hidup merekodkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus (111,604 kelahiran) berbanding suku tahun pertama 2022 (102,466 kelahiran).
"Walau bagaimanapun, statistik menunjukkan trend menurun berbanding suku tahun sebelum (113,865). Bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,654 kelahiran berbanding 53,950 kelahiran bayi perempuan.
"Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 21,148 kelahiran (18.9 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Labuan (361 kelahiran: 0.3 peratus)," katanya.
Sementara itu katanya, kumpulan umur ibu yang tertinggi direkodkan pada umur 30-39 tahun iaitu 57,491 (51.5 peratus), diikuti oleh umur 20-29 tahun (41.6 peratus), 40 tahun dan lebih (5.3 peratus) dan kurang daripada 20 tahun (1.6 peratus).
Menurut Mohd Uzir lagi, sebanyak 47,767 kematian telah direkodkan pada suku tahun pertama 2023, penurunan sebanyak 11.7 peratus berbanding suku tahun pertama 2022 (54, 123 kematian).
"Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,548 kematian (15.8 peratus) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 66 kematian (0.1 peratus)," katanya.
Selain itu katanya, kematian disebabkan COVID-19 menurun 97.3 peratus (3,457 kematian) pada suku tahun pertama 2023 iaitu daripada 3,553 kematian pada suku tahun pertama 2022 kepada 96 kematian.
Kematian disebabkan COVID-19 ini jelasnya, menyumbang 0.2 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian pada suku tahun pertama 2023.
"Selangor merekodkan kematian COVID-19 tertinggi (31 kematian) manakala tiada kematian direkodkan di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 11 2023
Kenaikan ini disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara. - Fail/Astro AWANI
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Faisal Halim mula berjalan, mahu balik - Shahril
Pemain Selangor FC, Faisal Halim, yang menjalani pembedahan ketiga petang semalam, terus menunjukkan reaksi positif.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH punyai sedikit kelebihan berbanding PN - Ilham Center
Dengan majoriti etnik Melayu tersudut kepada PN, dan majoriti etnik Cina di pihak PH, maka pengundi India boleh diletakkan sebagai penentu.
Pelayar warga Sweden ditemukan maut
Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau.
[TERKINI] Tan Sri Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tempoh setahun
Agong perkenan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2024.
Wanita mengaku salah menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Keputusan pengisytiharan gencatan senjata kini di tangan Israel - Hamas
Hamas menegaskan kuasa dan keputusan penuh kini berada di tangan Israel selepas rundingan gencatan senjata terbaharu di Kaherah, Mesir tidak mencapai sebarang persefahaman.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Malaysia perlu bina ekosistem AI, rencana pendidikan - PM
Perdana Menteri berkata perlu wujud perancangan segera membabitkan sistem pendidikan negara bermula daripada pendidikan awal hingga ke institusi pengajian tinggi bagi membina ekosistem AI.
[TERKINI] Yang di-Pertua Dewan Negara meninggal dunia
Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.46 pagi, sebentar tadi.
Jangkaan hayat penduduk Malaysia meningkat - DOSM
Jangkaan hayat yang meningkat menunjukkan Malaysia akan berhadapan dengan penuaan penduduk pada 2030.
Seramai 20.1 juta penduduk Malaysia sudah dibanci
Sejumlah 20.1 juta atau 61.5 peratus penduduk telah dibanci dalam Banci Malaysia 2020 setakat ini berbanding anggaran 32.7 juta penduduk tahun lepas.
Penduduk Malaysia meningkat kepada 32.73 juta orang pada suku pertama 2020
Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama 2020, iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019.
Wujudkan jabatan khas untuk warga emas - Lee Lam Thye
Pada tahun 2030, Malaysia dijangka menjadi negara yang mempunyai penduduk yang mencapai usia tua dalam jumlah yang besar.