awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Parit Yaani dakwa jalan makin terhakis akibat banjir

Bernama
Bernama
08/03/2023
12:06 MYT
Penduduk Parit Yaani dakwa jalan makin terhakis akibat banjir
Jalan utama Yong Peng ke Muar yang dibina di atas Sungai Terusan sering dinaiki air terutama ketika hujan lebat berterusan dan limpahan air daripada Sungai Segamat. - Foto BERNAMA
BATU PAHAT: Penduduk sekitar Parit Yaani di sini, mendakwa jalan utama Yong Peng ke Muar semakin terhakis susulan air banjir yang melimpahi laluan berkenaan sejak Sabtu lepas.
Seorang penduduk, Hamrizal Hamdan, 40, berkata jalan itu yang dibina di atas Sungai Terusan sering dinaiki air terutama ketika hujan lebat berterusan dan limpahan air daripada Sungai Segamat.
"Ini adalah laluan utama penduduk setempat dan sejak dua hari lepas (bermula Ahad) beberapa kenderaan terbalik kerana jalan makin terhakis di sebelah kanan.
"Kita bimbang sekiranya keadaan ini berlarutan ditambah dengan arus yang makin deras, akan berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Hamrizal yang bekerja sebagai tukang paip berkata jalan itu dibuka semula kepada kenderaan berat pada Ahad tetapi berlaku kejadian lori membawa muatan ayam terbalik pada semalam manakala pagi ini sebuah lagi lori terbalik sehingga memerlukan bantuan kren untuk menarik kenderaan itu.
Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Pak Mat, 65, berkata jalan tersebut rendah dan berharap kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya menaik taraf laluan itu bagi kemudahan pengguna.
"Saya penduduk asal di sini dan setiap kali banjir, pasti akan berlaku kejadian sama. Kerajaan perlu tinggikan jalan ini kerana ia dibina di atas terusan," katanya.
Kejadian banjir di kawasan Parit Yaani bermula pada Jumaat lepas dengan beberapa rumah dan laluan dinaiki air sehingga menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Tinjauan Bernama mendapati jalan tersebut dilimpahi air dan arus air deras serta kenderaan terpaksa 'beratur' untuk melalui jalan itu kerana hanya satu laluan sahaja yang boleh dilalui serta dikawal oleh penduduk setempat.
Sebelum itu, tinjauan Bernama mendapati berlaku kesesakan lalu lintas dari Bandar Putera Indah menghala Klinik Desa Parit Bilal, di sini sejauh kira-kira lapan kilometer susulan beberapa laluan alternatif masih dinaiki air.
Keadaan cuaca di Batu Pahat setakat 1 tengah hari ini mendung dan sebahagian rumah sekitar Parit Yaani, Parit Haji Yusof dan Bukit Ciku di sini masih digenangi air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#PPS
#Parit Yaani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan