awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk pedalaman Sarawak boleh dapatkan vaksin COVID-19 secara 'walk-in'

Bernama
Bernama
10/06/2021
21:09 MYT
Penduduk pedalaman Sarawak boleh dapatkan vaksin COVID-19 secara 'walk-in'
16 pasukan bergerak akan dihantar untuk melaksanakan program vaksinasi di Kapit. - Foto BERNAMA
KAPIT: Penduduk di kawasan terpencil di Sarawak tidak perlu lagi bimbang tentang pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kerana mereka kini boleh mendapatkan suntikan vaksin secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) dan mendaftar selepas itu, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata kerajaan negeri sedar akan kesukaran yang dihadapi oleh penduduk di luar bandar seperti di Kapit untuk mendaftarkan diri, sama ada melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual di pejabat residen dan daerah, bagi mendapatkan vaksinasi.
"(Kaedah 'walk-in') ini akan mempercepat proses vaksinasi penduduk di Sarawak," katanya pada sidang media selepas melawat PPV di Dewan Sri Balleh, di sini pada Khamis.
Menurut beliau, vaksinasi secara 'walk-in' itu hanya terbuka kepada penduduk di kawasan luar bandar yang terpencil dan mencabar, manakala mereka yang tinggal di bandar masih perlu mengikuti prosedur pendaftaran sedia ada.
Beliau berkata penduduk rumah panjang boleh datang ke PPV yang ditubuhkan oleh pasukan vaksinasi bergerak berdekatan kawasan masing-masing untuk mendapatkan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan untuk mereka.
Abang Johari berkata sebanyak 16 pasukan bergerak akan dihantar untuk melaksanakan program vaksinasi di Kapit, 20 pasukan di Bukit Mabong dan masing-masing dua pasukan di Song dan Belaga.
Katanya pasukan tersebut akan menggunakan jalan darat dan air selain helikopter di bawah perkhidmatan doktor udara untuk ke kawasan yang berkenaan.
"Ini adalah tugas yang amat mencabar kerana bahagian Kapit lebih luas daripada negeri Pahang dan ramai penduduknya tinggal di kawasan terpencil," katanya, menambah kawasan mencabar lain yang memerlukan pasukan bergerak seperti itu ialah Baram di Miri, Limbang dan Lawas serta beberapa kawasan di Sri Aman.
Pemvaksinan ke atas 96,723 penerima yang layak termasuk yang dilaksanakan oleh pasukan statik di 32 PPV di Kapit, telah dimulakan bulan ini dan dijangka selesai pada Ogos depan, dan hingga kini seramai 8,662 orang telah divaksinasi.
Abang Johari berkata Kapit akan menerima 16,680 dos vaksin setiap minggu sehingga selesainya program vaksinasi itu.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat mengenai Pelan Tindakan Program Imunisasi/Vaksinasi Kawasan Luar Bandar Kapit oleh Residen Kapit Nyurak Keti sebelum menyampaikan bantuan makanan Sarawakku Sayang untuk bahagian tersebut.
Beliau turut mengunjungi Hospital Medan Kapit di Dewan Masyarakat Melayu sebelum meninjau sekatan jalan raya di Km2.5 Jalan Kapit-Song.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#pedalaman
#Sarawak
#walk-in
#Abang Johari Tun Openg
#PPV
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan