JERTIH: Penduduk Pulau Perhentian membantah cadangan membangunkan tanah di Teluk Keke di Pulau Perhentian Besar dengan sebarang projek termasuk pembinaan resort atau hotel mewah.
Penduduk pulau itu, Mohd Jidin Mohd Aris, 70, mendakwa tindakan kerajaan negeri menyerahkan tanah seluas 42 hektar di situ kepada sebuah syarikat perhotelan bertaraf antarabangsa untuk membina sebuah resort bernilai RM500 juta amat mengguris hati penduduk.
"Saya tidak merelakan Teluk Keke dibangunkan, biarlah ia kosong seperti hari ini kerana di situlah tempat penduduk beriadah bersama keluarga dan dikunjungi pelancong kerana pantainya landai dan memiliki kawasan lapang agak luas.
"Selama ini Teluk Keke juga menjadi tempat pendaratan helikopter milik agensi penyelamat, jika berlaku sebarang kecemasan membabitkan penduduk dan pelancong," katanya ketika ditemui di Pulau Perhentian semalam.
Mohd Jidin berkata penduduk juga bimbang apabila kawasan tersebut dibangunkan, ia akan menyebabkan mereka hanya mampu menjadi pemerhati sahaja apabila tidak lagi dibenarkan beriadah di situ secara bebas.
"Saya juga khuatir jika pembangunan terlalu pesat di sini, masa depan ekosistem Pulau Perhentian akan terjejas teruk," katanya.
Sementara itu menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Perhentian, Zainudin Mohd, 53, kerajaan negeri tidak sepatutnya menyerahkan tanah milik kerajaan negeri itu kepada pihak luar untuk dibangunkan.
Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Besut, Datuk Nawi Mohamad yang turut berkunjung ke Pulau Perhentian, meminta supaya kerajaan negeri mendengar keluhan penduduk di pulau berkenaan.
"Kalau mahu bina juga resort mewah di situ janganlah serah kepada syarikat asing, nanti kawasan di situ menjadi larangan (untuk semua penduduk)," katanya.
--BERNAMA
TAG: pulau perhentian, resort, Teluk Keke, resort, kerajaan Terengganu
Bernama
Tue Nov 08 2022
Penduduk bimbang apabila kawasan tersebut dibangunkan, ia akan menyebabkan mereka hanya mampu menjadi pemerhati sahaja. - Foto BERNAMA
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Tapak bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian disita
Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengeluarkan notis sitaan tapak pembinaan bangunan resort di Pulau Perhentian yang runtuh pada 10 Nov lepas.
Mangsa terselamat runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia
Seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian runtuhan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian di Besut meninggal dunia pada Ahad.
Operasi SAR runtuhan di Pulau Perhentian masih diteruskan
Empat pekerja warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian pada pagi Khamis.
Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan
Empat pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.
Disangka hilang, empat sekeluarga selamat pulang ke rumah
Empat sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan 'hilang' selepas bercuti di Pulau Perhentian selamat pulang ke pangkuan keluarga di Kluang, Johor.
Seorang maut dalam insiden bot bertembung di Pulau Perhentian
Seorang kru bot nelayan maut manakala dua penumpang cedera parah dalam insiden dua bot bertembung di perairan Pulau Perhentian di sini pada kira-kira 8.15 pagi tadi.
Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.
Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.
Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.
Mayat wanita separuh bogel ditemukan terapung di Pulau Perhentian
Mayat seorang wanita separuh bogel ditemukan terapung diperairan Pulau Perhentian, Besut.