SEKINCHAN: Penduduk di Kampung Sungai Leman di sini mengeluh berikutan menerima bekalan air keruh sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri Sabtu lalu.
Rata-rata penduduk mendakwa, masalah air berubah warna itu merisaukan mereka lebih-lebih lagi penggunaan keperluan asas itu meningkat sepanjang perayaan ini.
Seorang penduduk di Kampung Tali Air 7, Shahrin Azhar, 31, berkata, penduduk kecewa kerana masalah itu berlarutan sejak lima hari lalu.
"Saya dapat kesan air berubah warna pada tengah hari 1 Syawal lalu selepas mendapati air daripada tong tadahan di bilik air keruh dan berkeladak.
"Saya kemudian ambil inisiatif cuci tong air, namun masalah sama terus berulang hingga ke hari ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Rabu.
Shahrin berkata, meskipun menggunakan penapis air di luar rumah masalah itu terus berlarutan.
"Kalau kita buka paip air nampak jernih, tapi apabila ditadah pada tong air atau besen mula nampak perubahan warna seperti air teh dan berlaku mendapan keladak," jelasnya.
Seorang peniaga makanan, Atikah Nakmat, 33, berkata, masalah itu menyebabkan penduduk terpaksa bergantung kepada air mineral untuk kegunaan dan minuman.
Malah, katanya, dia juga terpaksa berhabis duit untuk membeli air mineral bagi penyediaan kuih peneram yang dijualnya di Pasar Sekinchan.
"Saya belanja membeli air mineral sahaja RM60 sehari untuk kegunaan memasak dan membuat kuih.
"Kalau berterusan begini, saya pun berisiko tanggung kerugian kerana kos lebih tinggi daripada jualan," kata Atikah.
Seorang warga emas, Surati Tamiran, 68, berkata, penduduk bimbang jika air tersebut tercemar dan tidak selamat.
Katanya, sekiranya air tidak selamat penduduk berisiko menghidap pelbagai masalah kesihatan antaranya batuk dan sakit kerongkong.
"Mahu atau tidak terpaksa minum air juga, cuma kami bernasib baik sebab guna penapis air minuman," menurut Surati.
Fatimah Mat Isa, 62, dari Parit 5 berkata, masalah air keruh menyebabkan kebanyakan baju yang dicuci bertukar warna kekuningan.
Jelasnya, masalah itu menyebabkan penduduk terpaksa membasuh sehingga dua atau tiga kali berbanding pada kebiasaannya.
"Kain baju terutama warna terang yang dicuci berubah warna karat dan keadaan ini amat menyusahkan penduduk," tambahnya.
Nurul Ain Abdul Kahar 31, pula memberitahu, masalah air keruh dan berkeladak jarang berlaku sebelum ini.
Katanya, pihak berwajib diminta menyelesaikan segera masalah membelenggu penduduk terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil.
"Misalnya saya sendiri ada anak kecil berusia lima bulan dan bergantung sepenuhnya pada susu badan, namun jika saya minum air tercemar bimbang melarat pada anak.
"Setakat ini tiada kesan sampingan kepada kesihatan dan berharap masalah ini tidak terus menghantui penduduk," ujarnya.
Sementara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memberi kenyataan berkaitan aduan penduduk itu dalam waktu terdekat. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023
Shahrin menunjukkan bekas tong air keruh dan berkeladak. (Gambar kecil: Atikah, Surati, Fatimah, dan Nurul Ain)
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.