KUALA LUMPUR: Penghuni tingkat 16 yang terletak di bawah lima unit rumah terbakar di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, bertindak mengosongkan rumah mereka buat sementara kerana bimbang struktur rumah terjejas ekoran kejadian kebakaran malam tadi.
Seorang penduduk, M. Kaausalya, 37, berkata walaupun rumahnya tidak rosak, namun bau asap yang terlalu kuat selain tiada bekalan air dan elektrik, menyebabkan dia bersama ibunya 63 tahun mengambil keputusan untuk menumpang sementara di rumah saudara di Cheras.
"Semasa kejadian saya bersama ibu baru sahaja selesai makan malam dan sedang berehat menonton televisyen, tiba-tiba ada jiran mengetuk pintu semua rumah di aras 16 memaklumkan rumah yang terletak di tingkat atas sedang terbakar," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Dia yang terkejut dengan perkara itu segera membawa ibunya keluar dan sempat mencapai telefon bimbit dan dompet sebelum bergegas ke arah lif untuk turun ke lobi.
Kaausalya bagaimanapun bersyukur kerana walaupun dalam keadaan kelam-kabut, semua penduduk memberikan kerjasama dan membenarkan orang kurang upaya, uzur atau keluarga bersama bayi terlebih dahulu menggunakan kemudahan lif, manakala mereka yang muda turun menggunakan tangga.
"Semasa menunggu lif itu, saya boleh nampak dengan jelas api marak dari balkoni atas dan hingga sekarang, saya boleh rasa bumbung rumah saya panas selain bau asap yang 'melekat' di sofa dan langsir rumah," katanya.
Sementara itu seorang lagi penghuni tingkat 16, A. Steven, 42, berkata kebakaran itu menyebabkan saluran paip di rumahnya cair dan bocor selain turut mengakibatkan bahagian siling rumahnya rosak.
Dia yang bekerja sebagai pengurus bangunan mendakwa setakat ini tiada arahan perpindahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menyebabkan mereka tidak pasti bila boleh kembali ke kediaman masing-masing.
"Saya minta kerajaan bantu kami yang terkesan dengan cepat kerana masing-masing mempunyai urusan dan cuti Tahun Baharu Cina juga hampir berakhir," katanya yang sudah lebih 30 tahun menetap di flat berkenaan.
Beliau tinggal bersama lima lagi ahli keluarga di kediaman tersebut, kini menumpang sementara di rumah ibu saudaranya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, kerana bimbang keselamatan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Kebimbangan aspek keselamatan turut dirasai penghuni lain, walaupun tidak mengalami kerosakan rumah akibat insiden kebakaran itu. - Astro AWANI/Shahir Omar
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah ditempatkan di rumah transit Khamis ini - Dr Zaliha
Kesemua 16 mangsa kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah akan ditempatkan di rumah transit di Flat Sri Johor, Cheras pada Khamis ini.
Masalah pendawaian elektrik punca kebakaran Flat Sri Sabah
Bomba nafi dakwaan kebakaran flat tersebut berpunca daripada bunga api.
Penduduk tingkat 16 Flat Sri Sabah kosongkan rumah, bimbang keselamatan
Kebimbangan aspek keselamatan turut dirasai penghuni lain, walaupun tidak mengalami kerosakan rumah akibat insiden kebakaran itu.
Kebakaran Flat Sri Sabah: Kegagalan sistem pemadaman sulitkan operasi - Bomba
Pihak bomba terpaksa meletakkan pam air di tingkat 16 bagi memudahkan proses pemadaman api.