NATIONAL
Penduduk trauma dua kali banjir dalam tempoh kurang sebulan

Samsudin di depan rumahnya di Kampung Baru, Batu Pahat yang dilanda banjir termenung. -Sinar Harian
BATU PAHAT: Penduduk sekitar Sri Gading dekat sini trauma apabila terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebanyak dua kali dalam tempoh kurang sebulan akibat banjir yang berulang.
Ringkasan AI
- Penduduk Sri Gading terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara dua kali dalam tempoh kurang sebulan akibat banjir berulang, termasuk semasa Aidilfitri.
- Pekebun kelapa sawit, Samsudin Ali, mengalami kerugian kerana kebunnya digenangi air, menyukarkan pengeluaran buah kelapa sawit.
- Penduduk Kampung Parit Kaspan, Hasrina Hassan, risau tentang anaknya yang akan kembali ke sekolah selepas cuti raya kerana rumah mereka dilanda banjir.
"Selepas seminggu, saya bersama suami dan anak lelaki berusia enam bulan dibenarkan dua hari sebelum Aidilfitri. Kami pulang mengemas rumah dan buang barang yang rosak.
"Sambutan hari raya juga ala kadar sebab bimbang banjir berulang kerana cuaca tidak menentu. Namun tidak sampai seminggu, banjir lagi dan memaksa kami pindah untuk kali kedua pada Sabtu malam.
"Kali terakhir banjir melanda dua tahun lalu, tetapi ia hanya berlaku sekali, bukan berulang seperti sekarang," katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading di sini pada Ahad.
Pekebun kelapa sawit di Kampung Baru, Samsudin Ali, 61, pula berkata, kebunnya yang seluas 3.5 ekar masih digenangi air sehingga menyukarkannya untuk mengeluarkan buah kelapa sawit.
“Sepatutnya minggu depan saya perlu menyawit tetapi tak boleh kerana air penuh di kebun, sudahlah minggu lepas tak boleh juga menyawit. Jika masuk minggu depan sudah dua kali saya tak dapat hasil.
“Kebiasaannya setiap kali menyawit saya akan menerima RM1,500 dan jika tak dapat keluarkan hasil minggu depan saya terpaksa tanggung rugi kira-kira RM3,000,” katanya.
Tambah Samsudin, dia terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi bagi bagi mengelak buah kelapa sawit rosak.
Sementara itu, penduduk Kampung Parit Kaspan, Hasrina Hassan, 48, memberitahu, dia sekeluarga berpindah ke PPS jam 10 pagi pada Ahad selepas rumahnya dilanda banjir.
"Air naik mencecah paras 0.5 meter sejak awal pagi Ahad. Kami terpaksa berpindah ke PPS sebab air semakin meningkat.
"Buat masa sekarang, saya cukup risau tentang anak berusia 11 tahun yang akan kembali ke sekolah selepas cuti raya selama seminggu," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami