KUALA LUMPUR: Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.
Halijah Ahmad, 63, yang tinggal di tingkat sama dengan suspek, berkata lelaki berusia 31 tahun itu adalah seorang pembersih, pandai menjaga rumah dan turut membela kucing.
"Cuma dalam sebulan dua ini, saya nampak badan dia tiba-tiba susut dan sangat kurus serta macam tidak terurus.
"Sebelum ini saya ada bercakap dengannya dan bertanya kenapa nampak kurus... dia kata dia sakit dan perlu ke hospital untuk menerima rawatan," katanya kepada Bernama hari ini.
Halijah berkata kira-kira dua minggu selepas itu, dia terhidu bau busuk namun menyangka ia hanyalah bau kulit udang yang tidak dibuang dari sebuah unit yang dijadikan inap desa di tingkat atas rumahnya.
"Justeru, saya laporkan kepada pihak pengurusan dan apabila disiasat di tingkat atas, bau itu tiada... sebenarnya bau itu datang dari bangkai kucing yang terdapat di depan rumah suspek yang diletakkan di dalam sebuah kotak putih," katanya.
Halijah berkata pihak pengurusan dan pemilik rumah terbabit kemudian membuat laporan polis.
Seorang lagi saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Din berkata memang terdapat banyak kucing liar di kawasan kondominium itu namun bilangannya semakin berkurangan sejak kebelakangan ini.
"Kalau diikutkan kondominium di sini memang tidak benarkan penghuninya membela haiwan peliharaan tetapi berdasarkan pemerhatian saya, terdapat ramai penghuni yang mengingkari arahan itu," katanya.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin pula berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas serta telahpun membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.
Semalam, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman sosial Facebook mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam rumah yang disewa oleh suspek.
MAA turut menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh berhubung penemuan itu.
Presiden MAA Arie Dwi Andika berkata setakat pengetahuan beliau, kes itu adalah yang pertama melibatkan pembunuhan haiwan dalam kuantiti banyak di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023

MAA mendedahkan penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam rumah yang disewa oleh suspek. -Gambar fail/Sinar Harian
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2025)
Qatar nafi cuba pengaruhi Trump melalui tawaran jet mewah
Penafian itu dibuat sehari selepas senat Amerika Syarikat membentangkan rang undang-undang menghalang mana-mana pesawat asing daripada digunakan sebagai Air Force One.
Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland
Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa.
[TERKINI] UK gantung rundingan perdagangan dengan Israel
Setiausaha Luar, David Lammy mengumumkan pada Selasa Britain menghentikan rundingan perdagangan bebas dengan Israel, susulan tindakan kejam rejim zionis di Gaza.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Pengunjung teruja saksikan aksi pembukaan yang memukauV
Hampir 300 pengunjung menjadi saksi persembahan memukau di langit Pulau Langkawi sempena penganjuran LIMA'25 kali ini.

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.