awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan bawa pelajar IPT pulang ke Sabah ditangguh bermula hari ini

Bernama
Bernama
18/05/2020
03:20 MYT
Penerbangan bawa pelajar IPT pulang ke Sabah ditangguh bermula hari ini
Semua pelajar yang tiba diwajibkan menjalani proses kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan sementara menunggu keputusan saringan kesihatan mereka. Gambar fail/ Bernama
Penerbangan yang membawa pulang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke Sabah ditangguhkan bermula hari ini dan akan dijadual semula berikutan kesesakan pusat kuarantin.
Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob berkata penjadualan itu dibuat bagi memudahkan urusan kemasukan pelajar ke pusat kuarantin di negeri ini.
"Bilangan pelajar yang balik adalah sangat ramai iaitu berjumlah 6,796 orang, maka dijangka akan berlaku kesesakan di pusat-pusat kuarantin yang disediakan oleh kerajaan.
"Pusat kuarantin yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar dan orang ramai pada satu-satu masa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau menasihati pelajar terlibat agar terus bersabar dan bertenang di tempat masing-masing serta memaklumkan kepada ibu bapa mereka berhubung situasi itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi mengesahkan pihaknya telah memohon agar penerbangan sewaan khas yang membawa pelajar IPT itu dijadual semula.
Beliau berkata permohonan itu dibuat kerana penerbangan itu melibatkan ramai pelajar yang ingin pulang sebelum sambutan hari raya.
Dr Christina berkata semua pelajar yang tiba diwajibkan menjalani proses kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan sementara menunggu keputusan saringan kesihatan mereka. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#ditangguhkan
#hari raya
#penerbangan
#penuh
#pulang
#pusat kuarantin
#Sabah
#sesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan