awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan terus dari luar ke Langkawi belum banyak - Sanusi

Bernama
Bernama
08/11/2023
12:44 MYT
Penerbangan terus dari luar ke Langkawi belum banyak - Sanusi
Muhammad Sanusi berkata sebelum pandemik COVID-19, sebanyak 60 peratus pelancong ke Langkawi adalah dari luar negara, manakala pelancong tempatan menyumbang selebihnya. - Gambar fail/Sinar Harian
ALOR SETAR: Penerbangan terus dari luar ke Langkawi yang masih belum banyak menjadi antara faktor kehadiran pelancong semakin merosot ke pulau peranginan itu.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata sebelum pandemik COVID-19, sebanyak 60 peratus pelancong ke Langkawi adalah dari luar negara, manakala pelancong tempatan menyumbang selebihnya.
"Penerbangan terus dari luar belum bermula dan masih tidak banyak (hanya Singapura sahaja)...dulu Qatar Airways ada tujuh kali seminggu tetapi sekarang penerbangan terus itu belum berjalan (dimulakan balik).
"Qatar Airways ada bawa pelancong dari 121 destinasi masuk ke Langkawi sehari sekali, sekarang belum dimulakan. Harap perkara ini dapat diambil perhatian oleh kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media semalam mengenai industri perhotelan, kereta sewa dan kedai makan di Langkawi yang dibimbangi semakin tenat susulan kehadiran pelancong semakin merosot kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata pihaknya difahamkan penerbangan terus dari Dubai (Fly Dubai Airlines) hanya akan bermula pada 10 Feb tahun depan.
Menurutnya setakat Oktober lepas, rekod kemasukan pelancong ke Langkawi mencapai 2.2 juta, berbanding sasaran 3.2 juta bagi tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri perhotelan
#kehadiran pelancong
#COVID19
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan