Insiden tembakan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad menyebabkan beberapa syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menunda penerbangan ke wilayah itu.

Pesawat FlyDubai yang membawa 154 penumpang dipercayai ditembak ketika menghampiri lapangan terbang tersebut, Isnin petang.

Susulan itu, FlyDubai, Emirates Airline, Air Arabia dan Etihad Airways membatalkan penerbangan mereka ke wilayah itu setelah mendapat arahan Jabatan Penerbangan Awam UAE.

Etihad Airways mengumumkan keputusan itu di laman Twitter dan Facebook dengan meletakkan keselamatan pelanggan dan pekerja sebagai keutamaan.


Namun kunjungan ke laman Facebook dan Twitter rasmi Air Arabia, FlyDubai dan Emirates tidak menunjukkan perkembangan tentang insiden itu.

Sementara itu, produser Bollywood, Tunaj Gargv merasakan tidak banyak liputan berkenaan insiden itu di media massa.


Dua penumpang cedera ringan apabila beberapa das tembakan mengenai badan pesawat berkenaan (FZ215).

Pihak yang bertanggungjawab masih dikenal pasti.