Skip to main content

Malaysia

Lapan kawasan catat IPU tidak sihat setakat 10 pagi

Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS). - Gambar fail/ Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Tiga kawasan di Selangor merekodkan IPU tahap tidak sihat iaitu Johan Setia dengan bacaan 155, Shah Alam (153) dan Klang (151).

Di Negeri Sembilan, kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (152), Port Dickson (120) dan Seremban (114).

Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Putrajaya dengan bacaan 162 dan Cheras, Kuala Lumpur (141).

Sementara itu, sebanyak 53 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan tujuh kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement