awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerima hati, Mohd Afiq Ikmal dikebumi selepas Asar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/03/2021
07:27 MYT
Penerima hati, Mohd Afiq Ikmal dikebumi selepas Asar
Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu meninggal dunia pada Selasa. - Gambar fail
SUNGAI PETANI: Segala persiapan bagi menyambut kepulangan jenazah penerima organ hati yang meninggal dunia hari ini, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, telah siap sepenuhnya.
Jenazah akan singgah sebentar di rumah neneknya di Kampung Masjid, Tikam Batu untuk penghormatan terakhir ahli keluarga dan kemudiannya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Baroqah, Tikam Batu selepas Asar.
Menurut bapa saudara, Mohd Shukri Derahim, 49, jenazah dijangka tiba jam 3.30 petang.
Segala persiapan termasuk keranda dan mengorek liang sudah dilakukan malah dia dimaklumkan ahli keluarga yang mengiringi jenazah termasuk ibu bapanya kini dalam perjalanan ke kampung.
Katanya, kali terakhir bertemu dengan arwah Mohd Afiq Ikmal ketika dia pulang hari raya dua tahun lepas.
Namun sejak dua bulan lalu, arwah kerap demam selain badannya kerap panas setiap malam dan perlu makan banyak ubat yang disarankan oleh doktor.
"Dia tidak sihat tu dalam awal tahun ini. Baru sekarang dia mula rasa demam, badan dia panas malam-malam kena makan ubat.
"Tengok dia pun aktif, tak ada masalah dia dari segi cakap pun biasa ja. Kira tidak ada simptom," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
BACA: Penerima hati pertama meninggal dunia
Menurut bapa saudara, Mohd Shukri Derahim, 49, jenazah dijangka tiba jam 3.30 petang. - Foto Astro AWANI
Menurut bapa saudara, Mohd Shukri Derahim, 49, jenazah dijangka tiba jam 3.30 petang. - Foto Astro AWANI
Mohd Shukri berkata, dia menerima berita pemergian Mohd Afiq Ikmal pagi tadi selepas dihubungi ahli keluarganya yang ketika itu berada di Hospital Selayang.
Katanya, dia juga sempat melihat keadaan arwah ketika dirawat di hospital kerana ketika itu dia membawa ibunya yang juga nenek arwah, Aishah Harun, dan datuk arwah, Derahim Khamis, 70 tahun.
Mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah malah kagum melihat kecekalan arwah sehingga dia mampu bertahan sehingga hari ini.
Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia akibat komplikasi hati selepas 18 hari menerima rawatan di Hospital Selayang, Selangor sejak 13 Februari lalu setelah tidak sedarkan diri.
Pemuda itu mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 selepas menerima hati daripada Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.
Dalam pada itu, Wan Mohd Hafizam yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Mohd Afiq Ikmal membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu pemuda itu yang mengalami masalah hati bengkak ketika usianya 14 bulan.
Keberanian Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menjadi penderma hati pertama Malaysia itu sekali gus membuka mata dan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ.
Topic Berkaitan
#penerima organ hati
#penderma organ hati
#Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia
#meninggal dunia
#Malaysia
#Sungai Petani
#Wan Mohd Hafizam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan