SELAYANG: Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu meninggal dunia pada Selasa.
Berita tersebut dikongsikan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail yang juga penderma hati kepada Mohd Afiq Ikmal.
Wan Mohd Hafizam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada bapa Mohd Afiq, Muhammad Zaini Rahim pagi tadi memaklumkan berita tersebut.
"Panggilan diterima selepas Subuh ketika saya dalam perjalanan pulang selepas berjemaah di surau berhampiran rumah.
"Sememangnya saya terkejut kerana semalam (Isnin) semasa melawatnya bacaan jantungnya normal, namun kita kena reda," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Kongsinya lagi, Isnin lalu beliau bersama pihak keluarga juga sempat membuat panggilan bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.
"Mohd Ali antara individidu yang mengikut rapat proses pembedahan pemindahan hati Mohd Afiq sewaktu menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu.
"Walaupun beliau tidak dapat hadir melawat Mohd Afiq, beliau hantar wakil bagi mengetahui perkembangan keadaan terkini Mohd Afiq semalam," katanya.
Katanya, jenazah bakal dibawa pulang ke Tikam Batu, Kedah hari ini untuk urusan pengebumian.
"Buat masa ini jenazah berada di Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat.
"Saya juga akan pulang ke Kedah bagi menghadiri pengebumian tersebut," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan keadaan Mohd Afiq yang dimasukkan ke Hospital Selayang sejak 13 Februari lalu selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mohd Afiq menjalani pemindahan hati ketika usianya 14 bulan.
Sinar Harian
Tue Mar 02 2021
Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu meninggal dunia pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penerima hati pertama meninggal dunia
Berita tersebut dikongsikan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail yang juga penderma hati kepada Mohd Afiq Ikmal.