IPOH: Pelbagai promosi oleh pasar raya utama sempena sambutan Tahun Baharu Cina dimanfaatkan pengguna untuk membeli barangan keperluan harian terutama mereka yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1.
Tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di sini mendapati ramai dalam kalangan penerima telah menggunakan bantuan itu yang mula dikreditkan dalam akaun mereka bermula minggu lepas.
Mereka yang ditemui rata-rata memuji langkah kerajaan menaikkan peruntukan STR yang membantu meringankan beban kos sara hidup.
Pesara tentera dari Chemor, Abd Kadir Soib, 62, berkata beliau bersyukur tersenarai sebagai penerima bantuan STR.
"Rakyat pada ketika ini memerlukan wang tunai untuk berbelanja barangan keperluan mereka sebab itu saya lihat STR adalah insentif paling efektif dalam memperkasakan rakyat.
"Walaupun saya sudah bersara, anak-anak sudah besar, namun ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan perbelanjaan keluarga saya dan isteri, apatah lagi kos kehidupan pun naik ketika ini, jadi memang membantu," katanya yang membeli barangan basah untuk keluarganya dengan bantuan tersebut.
Bagi kerani syarikat swasta, Noor Shafika Ahmad Husni, 36, langkah kerajaan menaikkan jumlah bantuan daripada RM300 kepada RM500 tahun ini amat wajar.
"Kalau nak ikut cukup, memang tak cukup sebab bagilah sampai RM1,000 pun untuk fasa pertama ini takkan mencukupi, namun apa yang saya boleh katakan kerajaan sangat membantu ringankan beban kami.
"Macam saya ada dua anak masih bersekolah, jadi peluang cuti sempena Tahun Baharu Cina ini saya ambil untuk beli kelengkapan persekolahan mereka, bantuan STR ini dapatlah diperuntukkan untuk anak-anak," katanya.
Seorang lagi penerima, Khalid Aziz, 76, dari Changkat Larang, Lahat berkata STR ternyata memberi impak yang tinggi dalam merancakkan ekonomi menerusi aktiviti perbelanjaan.
"Kalau tanya warga emas macam saya memang saya bersyukurlah menjadi antara penerima. Saya berdua dengan isteri, jadi kebiasaan akan gunakan untuk perbelanjaan makanan selain turut dikongsikan bersama cucu-cucu.
"Terima kasihlah kepada kerajaan kerana menyalurkan bantuan kepada rakyat dan saya harap bantuan ini akan berterusan," katanya.
Menurutnya STR kali ini merupakan bantuan tunai tertinggi dalam sejarah yang pernah diberikan kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup.
Bayaran STR Fasa 1 dinaikkan sehingga RM500 kepada isi rumah berbanding bayaran maksimum RM300 tahun lepas yang membabitkan peruntukan lebih RM2.1 bilion dan diberikan secara berfasa kepada individu berkelayakan bermula 29 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Orang ramai membeli barangan keperluan dapur ketika tinjauan di Pasaraya Mydin, Meru di Ipoh. - Foto Bernama
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Fahmi ingatkan penjawat awam, penerima STR tidak terpedaya penipuan dalam talian
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer)."
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 mulai Rabu ini
Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai Rabu ini.
Penerima manfaat STR beli keperluan harian sempena promosi perayaan
Promosi oleh pasar raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina dimanfaatkan pengguna membeli barangan keperluan harian terutama mereka yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
STR ringankan beban perbelanjaan harian golongan kurang berkemampuan
Penerima STR menyifatkan sumbangan itu dapat meringankan beban perbelanjaan keperluan harian mereka dalam situasi kos sara hidup masa kini.
Peningkatan bayaran STR diharap ringankan beban rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap peningkatan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ketara pada tahun ini dapat meringankan beban rakyat.
Pembayaran STR Fasa 1 bermula Isnin ini, manfaat 8.2 juta penerima - MoF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin ini (29 Jan).
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 mulai 7 Nov ini
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, iaitu pembayaran akhir bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 Nov ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.
Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan kepada RM10 bilion
Jelas beliau, perkembangan positif itu hasil penjimatan subsidi, yang kemudian akan disalurkan kepada rakyat.
Lebih ramai B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Pelaksanaan Skim Perubatan MADANI ke tujuh daerah itu bermula minggu keempat Ogos.
Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.