awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Negeri Selangor tidak kompromi usaha promosi budaya songsang
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir
Gelombang serangan kedua di Venezuela mungkin tidak diperlukan - Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup

Bernama
Bernama
09/01/2026
07:55 MYT
Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
Penerima bantuan tidak melepaskan peluang mengunjungi pasar raya terpilih bagi memanfaatkan nilai kredit yang diterima untuk membeli barangan keperluan asas harian. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan yang diteruskan pada tahun ini mula dirasai hari ini apabila dikreditkan kepada penerima, sekali gus memberikan kelegaan kepada lebih banyak golongan berpendapatan rendah dalam mendepani kos kehidupan yang kian mencabar.

Ringkasan AI
  • SARA Bulanan diteruskan pada tahun ini dengan penambahbaikan, melibatkan 8.1 juta penerima berbanding 5.4 juta sebelum ini, membawa lega kepada golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat.
  • Penerima bantuan mengucap syukur di seluruh negara, dengan kredit RM50 hingga RM200 digunakan untuk beli barangan keperluan harian, meringankan beban hidup terutama bagi yang terjejas akibat pandemik.
  • Penerima dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk pekerja, suri rumah, dan warga emas mengakui manfaat SARA Bulanan dalam membantu menyara keperluan asas keluarga serta membolehkan mereka menguruskan kos sara hidup dengan lebih baik.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan bagi memperluas manfaat, penyaluran bantuan itu menyaksikan peningkatan ketara tahun ini, melibatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan keseluruhan RM8 bilion berbanding 5.4 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion pada tahun lepas.
Disalurkan secara berperingkat, pengagihan bermula hari ini yang dikreditkan secara terus terlebih dahulu kepada penerima isi rumah dan warga emas tiada pasangan dengan melibatkan lima juta penerima sebelum diluaskan kepada 3.1 juta individu bujang pada 16 Jan ini.
Tinjauan Bernama di seluruh negara mendapati penerima bantuan sejak pagi tadi tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi pasar raya terpilih bagi memanfaatkan nilai kredit yang diterima antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori kelulusan untuk membeli barangan keperluan asas harian.
Di TERENGGANU, kebanyakan penduduk di kawasan luar bandar di daerah Dungun menzahirkan kesyukuran kerana bantuan itu diteruskan tahun ini dan menyifatkan SARA Bulanan sebagai bantuan tepat dalam meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) terutama penduduk luar bandar.
Azhar Ibrahim, 54, dari Kampung Besol Lama, Bukit Besi berkata biarpun jumlah tidak sebesar mana, namun ia banyak membantunya menyediakan barangan dapur, terutama setelah terpaksa berhenti kerja di sebuah syarikat perlombongan bijih besi bagi menguruskan isterinya yang menghidap penyakit strok.
Begitu juga di SARAWAK, seorang suri rumah Dora Nyandang, 31, berkata bantuan itu memberi manfaat besar kepada suri rumah sepertinya kerana boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, telur dan barangan harian lain yang menjadi keperluan utama keluarga.
"Saya sekadar membuat semakan di kaunter pasar raya untuk melihat sama ada bantuan SARA Bulanan sudah dikreditkan atau belum, dan tidak menyangka terdapat baki sebanyak RM100 telah dimasukkan ke dalam MyKad saya," katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di Kuching.
Di KEDAH, Norazimah Wahab, 34, dari Taman Desa Impian dekat Padang Terap menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan kerajaan meneruskan sumbangan itu, yang membantunya menampung perbelanjaan dapur selepas sebahagian besar wang digunakan untuk persiapan dua anaknya ke sekolah.
Di SELANGOR, orang ramai berpendapat SARA Bulanan mampu membantu golongan bujang dan berpendapatan rendah di bandar menguruskan kos sara hidup selain memberi limpahan manfaat kepada golongan itu.
Seorang pekerja kerani kewangan di Shah Alam, Aishah Mohd Mustapha, 28, menyifatkan bantuan SARA Bulanan menjadi penyelamat kepada keluarga dalam memastikan keperluan asas cukup, terutama bagi keluarga dengan jumlah yang banyak.
"Saya mempunyai lima orang adik-beradik dan turut menanggung kedua-dua orang tua yang masih tinggal bersama, ditambah pula adik bongsu juga masih bersekolah di sekolah menengah, jadi bantuan bulanan ini sangat membantu," katanya.
Di KELANTAN, suri rumah Nor Hazirah Ismail, 36, yang ditemui di sebuah pasar raya dekat Pasir Tumboh, Kota Bharu berkata bantuan itu memberi kelegaan untuk membeli barang dapur selepas habis berbelanja lebih RM800 untuk menyediakan kelengkapan sekolah buat lima anaknya.
Di SABAH, Erdy Irawan, 40, bersyukur kerana masih lagi layak menerima bantuan itu bagi tahun kedua dan menyifatkannya sebagai sokongan penting untuk membeli susu anak dan barangan keperluan dapur memandangkan pendapatannya yang tidak menentu.
"Saya bekerja sendiri, termasuk mengambil upah memotong rumput jika ada permintaan, jadi hari ini SARA bulanan masuk, saya bawa isteri ke pasar raya di Jalan Kuhara untuk membeli barangan keperluan. Bantuan ini meringankan sedikit beban saya," katanya.
Di PERAK, kebanyakan penerima bantuan mula memenuhi pasar raya TF Value-Mart Batu Gajah seawal 10 pagi dengan seorang suri rumah Hasirah Abd Mutalib, 53, dari Kampung Seri Jaya dekat sini berkata bantuan itu membuatkannya rasa lega dan seronok berbelanja barangan dapur.
Sementara itu, di PERLIS, warga emas Abdul Ghani Saad, 70, bersama isterinya Ku Amrah Ku Jaafar, 64, telah menerima bantuan SARA Bulanan sejak dua tahun lepas dan ia amat membantu mengurus perbelanjaan harian keluarga memandangkan beliau sudah tidak mampu bekerja.
"Bantuan itu kami guna bagi menampung keperluan asas lima ahli keluarga yang tinggal bersama, anak dan menantu dan seorang cucu," katanya ketika ditemui di Pasar Raya Eco Jimat di Jalan Bukit Keteri dekat Kangar.
Pelaksanaan SARA Bulanan di JOHOR hari ini pula mendapat sambutan daripada penerima dengan orang ramai hadir sejak pagi bagi menggunakan kemudahan MyKasih itu untuk mendapatkan barangan dapur seperti beras, gula, susu dan keperluan harian lain.
Pembantu penyelia pasar raya berkenaan, A. Sasmitha berkata pihaknya sentiasa memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran urusan pembelian dan membantu pelanggan sepanjang pelaksanaan program itu.
Di PAHANG, peniaga kedai runcit di Bukit Rangin, Nur Izzatul Hamizah Mohammad Rostam berkata sistem MyKasih memudahkan proses pendaftaran peniaga dan transaksi jual beli selain tidak membebankan operasi harian perniagaan.
"Bagi saya, sistem ini jelas, tersusun dan mudah diikuti. Dari segi harga barangan pula, tiada kenaikan, malah ada pembekal yang menawarkan harga lebih murah kerana mengetahui kami menyertai inisiatif kerajaan ini," katanya sambil menambah proses tuntutan bayaran balik juga cepat sekitar dua hingga tiga hari, sekali gus tidak menjejaskan aliran tunai peniaga.
Di NEGERI SEMBILAN pula, seorang warga emas Lim Chai Hee, 65, berkata SARA Bulanan itu banyak membantu golongan sepertinya, namun pada masa sama mengharapkan jumlah sumbangan itu dapat ditingkatkan pada masa hadapan bersesuaian dengan kos kehidupan yang kian meningkat.
Sementara itu, pemilik Pasar Mini Azman di Johol, Kuala Pilah, Fakhruddin Mohd Azman, 31, berkata persiapan awal telah dilakukan termasuk sentiasa menambah stok barangan asas di bawah SARA bagi memenuhi keperluan setempat khususnya gula, tepung, beras, susu, mi segera dan telur.
Fakhruddin berkata ini adalah tahun ketiga kedainya menawarkan jualan barangan SARA dan setakat ini, tiada masalah dari segi bekalan kerana semua barangan mudah diperoleh dan sentiasa tersedia.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan pada tahun ini berbanding tahun lepas? A: Pada tahun ini, terdapat 8.1 juta penerima SARA Bulanan berbanding dengan 5.4 juta penerima pada tahun sebelumnya.
  • Q: Bagaimanakah proses penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dijalankan? A: Penyaluran SARA Bulanan dilakukan secara berperingkat, bermula dengan pemberian kepada penerima isi rumah dan warga emas tiada pasangan sebelum diperluaskan kepada individu bujang.
  • Q: Apakah manfaat yang diperoleh oleh penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan? A: Penerima SARA Bulanan dapat menggunakan sumbangan tersebut untuk membeli barangan keperluan asas harian seperti beras, telur, dan barangan lain yang diperlukan.
  • Q: Bagaimanakah pendapat penduduk luar bandar di TERENGGANU mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan? A: Penduduk luar bandar di TERENGGANU menganggap SARA Bulanan sebagai bantuan yang tepat dalam meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.
  • Q: Adakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan memberi kesan positif kepada peniaga kedai runcit di Pahang? A: Ya, peniaga kedai runcit di Pahang menyatakan bahawa sistem MyKasih memudahkan proses jual beli dan tidak membebankan operasi harian perniagaan mereka.

Topic Berkaitan
#SARA Bulanan
#kos sara hidup
#mykad
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan