awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerima Sinovac kini boleh pilih vaksin sama sebagai dos penggalak - KJ

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/02/2022
11:23 MYT
Penerima Sinovac kini boleh pilih vaksin sama sebagai dos penggalak - KJ
Khairy berkata, setakat ini dos ketiga Sinovac itu dianggap sebagai dos penggalak. - Gambar/Bernama
PUTRAJAYA: Penerima suntikan vaksin dos primer Sinovac kini boleh memilih jenama vaksin yang sama sebagai dos penggalak.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, ia berikutan keengganan sebilangan penerima Sinovac untuk menerima suntikan dos campuran daripada Pfizer mahupun AstraZeneca.
"Saya juga telah bersetuju dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa ada keengganan daripada penerima Sinovac untuk mendapatkan vaksin dos penggalak daripada dos campuran walaupun kita mengalakkan mereka mendapatkan vaksin Pfizer atau AstraZeneca.
"Saya ingin umumkan bahawa 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapat dos penggalak mereka lagi... dan mereka terdedah kepada gelombang Omicron sebab keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer.
"Sebab itu saya telah membuat keputusan bahawa walaupun KKM masih berpandangan dan berpendirian bahawa kita masih mengalakkan mereka menerima Pfizer atau AstraZeneca tetapi any booster is better than no booster," katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.
Justeru itu kata Khairy, KKM akan mengeluarkan janji temu dan kaedahnya kepada mereka menerusi Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) atau Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Tapi sekali lagi ingin saya tegaskan perlindungan yang terbaik adalah dengan Pfizer atau AstraZeneca.
"Mereka pergi ke negara musim sejuk KKM menyarankan dan bagi percuma kot tapi mereka tak nak pakai kot, mereka nak pakai T-shirt, okeylah, T-shirt itu lebih baik daripada mereka tidak pakai apa-apa, jadi kita akan beri mereka pilihan.
"Tak nak terima Pfizer, tak nak terima AstraZeneca, kita masih ada lagi sedikit stok Sinovac kita akan sediakan berdasarkan first come first serve," ujarnya lagi.
Dalam pada itu ditanya sama ada penerima dos penggalak Sinovac berkemungkinan memerlukan satu lagi dos penggalak di kemudian hari memandangkan keberkesananan yang menurun, Khairy menjelaskan setakat ini KKM belum mempertimbangkan perkara itu.
Setakat ini katanya, dos ketiga Sinovac itu dianggap sebagai dos penggalak.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#Sinovac
#dos penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan