awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerokaan haram Bukit Kledang: Kerja baik pulih dalam masa terdekat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/02/2019
21:35 MYT
Penerokaan haram Bukit Kledang: Kerja baik pulih dalam masa terdekat
Pada Khamis, MB Inc mengesahkan wujud aktiviti penerokaan tanah haram melibatkan hampir 10 hektar tanah hak milik perbadanan di kawasan lereng bukit Banjaran Kledang berhampiran Jalan Ipoh-Lumut. - Foto Sahabat Alam Malaysia
Kerja-kerja membaiki struktur tanah di kawasan tanah milik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan kerajaan negeri berhampiran Bukit Kledang, di sini, yang diteroka secara haram, akan bermula dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, pihak Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak telah mengarahkan peneroka haram terlibat untuk membaiki semula struktur tanah bagi mengelakkan sebarang hakisan cerun di kawasan berkenaan.
"Arahan itu merangkumi pembinaan saliran longkang dan penanaman semula pokok bagi mengelakkan daripada berlakunya hakisan cerun.
"Bagi memastikan keselamatan kawasan berkenaan terkawal, pihak MB Inc juga telah menempatkan anggota Polis Bantuan bagi memantau keadaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut Anuar, arahan itu dikeluarkan susulan penemuan aktiviti penerokaan tanah milik MB Inc dan kerajaan negeri berhampiran Bukit Kledang.
Terdahulu pada Khamis, Anuar mengesahkan wujud aktiviti penerokaan tanah haram melibatkan hampir 10 hektar tanah hak milik perbadanan di kawasan lereng bukit berkenaan.
Bagaimanapun, pihak Jabatan Perhutanan Negeri telah mengesahkan tanah milik kerajaan negeri yang terjejas tidak terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta rakyat memberi masa kepada kerajaan negeri untuk membaik pulih kawasan penerokaan haram tersebut.
Beliau berkata pihaknya sedang mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan tanah yang telah diratakan bagi tujuan perladangan kelapa sawit itu.
Topic Berkaitan
#Anuar Zainal Abidin
#baik pulih
#Bukit Kledang
#haram
#Ipoh
#kerja
#MB Inc
#Menteri Besar
#peneroka haram
#penerokaan
#Perbadanan Menteri Besar Perak
#PTG
#tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan