Skip to main content

Teknologi

Tesla fokus kepada Cybercab, pengeluaran Cybertruck mungkin dihentikan menjelang 2027

Langkah tersebut dibuat walaupun Cybertruck hanya mula memasuki pasaran secara rasmi pada penghujung 2023. -Gambar fail
Langkah tersebut dibuat walaupun Cybertruck hanya mula memasuki pasaran secara rasmi pada penghujung 2023. -Gambar fail
Advertisement

AUSTIN: Tesla dilapor merancang untuk menamatkan pengeluaran trak elektrik Cybertruck di Gigafactory Texas menjelang pertengahan 2027 bagi memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti pengeluaran teksi swapandu (robotaxi) baharunya, Cybercab.

Menurut Amanz yang memetik laporan industri automotif, keputusan itu dibuat ketika syarikat berkenaan mempergiat pembangunan perniagaan mobiliti autonomi yang menjadi antara fokus utama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk.

Langkah tersebut dibuat walaupun Cybertruck hanya mula memasuki pasaran secara rasmi pada penghujung 2023.

Advertisement

Peralihan fokus kepada Cybercab dipercayai berkait dengan prestasi jualan Cybertruck yang dilaporkan tidak mencapai sasaran yang pernah diunjurkan Musk.

Sejak pelancaran komersialnya, dianggarkan kurang daripada 75,000 unit Cybertruck telah dijual, berbanding sasaran awal yang pernah disebut Musk iaitu antara 250,000 hingga 500,000 unit setahun.

Advertisement

Model pikap elektrik berasaskan keluli tahan karat itu pada peringkat awal mencatat permintaan yang memberangsangkan menerusi edisi Foundation Series walaupun ditawarkan pada harga premium yang jauh lebih tinggi berbanding sasaran asal.

Bagaimanapun, momentum jualannya dilaporkan merosot susulan beberapa isu teknikal termasuk masalah kemasan luaran, pedal pemecut dan beberapa kempen panggilan semula berkaitan perisian.

Sekiranya pelan itu diteruskan, Cybertruck bakal menjadi antara model Tesla yang mempunyai tempoh pengeluaran lebih singkat berbanding model-model utama syarikat itu.

Must Watch Video

Advertisement