awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengajar sekolah memandu 'gerenti lulus' dipenjara dan denda

Hakim Rahman
Hakim Rahman
23/11/2015
12:04 MYT
Pengajar sekolah memandu 'gerenti lulus' dipenjara dan denda
Tenaga pengajar Pusat Memandu Latihan Intensif Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan tersebut 26 Mac 2015, lebih kurang 12.30 tengah hari di sebuah restoran di pasar raya Tesco Tebrau, Johor Baharu. - Gambar Fail
Seorang tenaga pengajar sekolah memandu dipenjara sehari dan denda RM15,000 selepas mengaku bertanggungjawab memberi rasuah bagi memastikan 23 pelajarnya lulus ujian berkomputer.
Hukuman tersebut dijatuhkan terhadap Chiah Yeo Shong, 65, selepas dia mengaku memberi suapan wang tunai RM1,000 kepada Kamarudin Md Noor, seorang kakitangan Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (Rilek).
Ia sebagai dorongan kepada Kamarudin untuk menguruskan ujian undang-undang berkomputer lesen memandu 'gerenti lulus' bagi 23 calon.
Hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Johor Bahru, Mohd Haldar Abdul Aziz, turut menetapkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.
Tertuduh Yeo Shong, bagaimanapun menjelaskan denda RM15,000 yang ditetapkan.
Tenaga pengajar Pusat Memandu Latihan Intensif Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan tersebut 26 Mac 2015, lebih kurang 12.30 tengah hari di sebuah restoran di pasar raya Tesco Tebrau, Johor Baharu.
Kesalahan di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama iaitu dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#Chiah Yeo Shong
#Kamarudin Md Noor
#komputer
#Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan
#Rasuah
#Rilek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan