KUALA LUMPUR :Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam menyediakan pendidikan tinggi yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada pelajar.

Berdasarkan keputusan positif dalam Penarafan IPT Malaysia bagi sesi 2018/2019, ia menunjukkan sektor berkenaan berada pada landasan betul dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kementerian menggunakan dua instrumen dalam penarafan itu iaitu Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (SETARA) dan Sistem Penilaian Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta (MyQUEST).

“Penarafan SETARA dinilai melalui 38 indikator yang merangkumi empat fungsi teras utama iaitu umum, pengajaran dan pembelajaran (PdP), penyelidikan dan perkhidmatan.

“Manakala, penarafan MyQUEST dinilai melalui 35 indikator yang merangkumi dimensi input, proses dan output yang memberi penekanan kepada lima (5) teras utama iaitu.

“Teras tersebut ialah kualiti dan kepelbagaian pelajar, kelestarian sumber dan kewangan, sistem pengurusan kualiti, pengiktirafan program dan pengiktirafan graduan dan reputasi institusi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, SETARA dan MyQUEST menggunakan sistem penarafan bintang daripada skala satu bintang ke enam bintang.

Berikut adalah senarai universiti mendapat penarafan enam bintang dalam SETARA:

Ini diikuti oleh 30 IPT yang mendapat penarafan lima bintang, 30 IPT mencapai empat bintang, 15 buah IPT mencapai tiga bintang, dua IPT dengan penarafan dua bintang dan hanya sebuah IPT sahaja yang mendapat penarafan satu bintang.

Berikut pula adalah senarai IPT mendapat penarafan enam bintang dalam MyQUEST:

Ini diikuti oleh 54 buah kolej yang mendapat penarafan lima bintang, 88 buah mencapai empat bintang, 40 buah kolej dengan tiga bintang dan 11 buah kolej telah diberi penarafan dua bintang.

Menurut Noraini, penarafan enam bintang menunjukkan sesebuah IPT berada pada tahap cemerlang dan mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa manakala satu bintang menunjukkan IPT tersebut kurang berdaya saing dan tidak memenuhi kriteria minimum.

“Penyesuaian tersebut akan mengambil kira pembudayaan norma baharu dalam sistem penyampaian pendidikan, penekanan kepada agenda pendigitalan, Teknologi Pendidikan berasaskan Revolusi Industri 4.0 dan kriteria lain yang relevan.

“Penarafan seterusnya dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2022,” ujarnya.