awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IMF tingkat unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.3 peratus untuk 2026, 2027
Rundingan FTA EU-Malaysia mampu jadi pengubah keadaan hubungan dua hala - Duta Finland
UCL: Arsenal kekalkan rekod sempurna, tewaskan Inter 3-1 di Milan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fokus SIC pada kontrak MotoGP Malaysia selepas 2026

Bernama
Bernama
20/08/2025
09:18 MYT
Fokus SIC pada kontrak MotoGP Malaysia selepas 2026
Keutamaan kini ialah mempertahankan MotoGP, yang terus mendapat sambutan hangat daripada peminat di Malaysia dan kekal lebih mudah diakses dari segi penonton mahupun penganjuran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menegaskan semula bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan penganjuran MotoGP Malaysia diteruskan hingga selepas 2026 dan bukannya kemungkinan untuk mengembalikan Formula 1.
Susulan kekeliruan yang timbul daripada laporan media, SIC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kenyataan terbaharu Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhan Shafrima Hanif merujuk khusus kepada pembaharuan kontrak MotoGP Malaysia.
"Formula 1 kekal sebagai sebahagian daripada sejarah penting kami, namun usaha untuk mendapatkan kembali hak penganjurannya terbukti rumit dan memerlukan kos yang tinggi.
"Keutamaan kini ialah mempertahankan MotoGP, yang terus mendapat sambutan hangat daripada peminat di Malaysia dan kekal lebih mudah diakses dari segi penonton mahupun penganjuran," menurut kenyataan itu.
Untuk rekod kontrak semasa bagi Malaysia menganjurkan MotoGP adalah hingga 2006.
Sementara itu, dalam kenyataan sama SIC memaklumkan akan terus komited bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dorna Sports SL dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan kesinambungan penganjuran acara berprestij itu, yang juga acara sukan antarabangsa paling lama dianjurkan di negara ini.
"SIC akan terus menyediakan data dan pandangan menyeluruh mengenai impak dari aspek ekonomi, pelancongan dan pembangunan bagi menyokong proses membuat keputusan mengenai masa depan MotoGP di Malaysia.
"Kita amat menghargai minat yang ditunjukkan oleh orang ramai serta pihak berkepentingan dalam hal ini dan sekali lagi menegaskan komitmen untuk memastikan masa depan MotoGP di Malaysia demi manfaat peminat, rakan kongsi dan negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Litar Antarabangsa Sepang
#SIC
#motogp malaysia
#Formula 1
#kekeliruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan