Hari Ahad (5 Jun) menjadi kenangan tersendiri buat anak kelahiran Limbang, Nurashikin Abdul Rahman, 22, apabila menyangka kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang Miri sebagai kejadian gempa bumi, sedangkan sebenarnya ia insiden eskalator yang rosak.
"Saya menyangka ia adalah gempa bumi apabila tiba-tiba suasana kecoh selepas satu bunyi kuat datang tanpa dapat dikesan dari mana dan pada masa yang sama bangunan ini bergegar," katanya kepada Bernama di sini.
Nurashikin yang sedang menunggu penerbangan ke Kuching yang dijadualkan berlepas pada pukul 4.40 petang semalam, tertidur semasa kejadian itu berlaku.
"Saya terlalu takut sehingga saya hampir terlupa memakai selipar, berlari sepantas mungkin untuk melihat apa yang berlaku dan apabila saya mendapati ia disebabkan oleh masalah eskalator, saya terasa amat lega," katanya.
Beliau berkata orang ramai bersesak-sesak untuk mengambil gambar eskalator itu.
Sementara itu, kerajaan negeri Sarawak telah meminta Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) untuk mengganti eskalator di lapangan terbang itu berikutan insiden menakutkan itu apabila sebuah daripada eskalator mengalami kerosakan teknikal yang serius pada pukul 3.45 petang hari ini.
Menteri Muda Pengangkutan Darat, Udara dan Keselamatan Datuk Lee Kim Shin berkata beliau dimaklumkan oleh pegawai MAHB bahawa lima anak tangga eskalator itu tiba-tiba jatuh tetapi tiada yang tercedera.
"Kali terakhir eskalator itu diselenggara ialah pada 31 Mei 2016, saya telah meminta kesemua tiga eskalator di Lapangan Terbang Miri diganti baharu kerana yang sedia ada sudah terlalu lama," katanya kepada Bernama malam ini.
Lee berkata buat masa ini MAHB telah menutup eskalator yang terjejas itu dan kontraktor sedang memperbaikinya dan menanti alat ganti.
"Saya difahamkan MAHB sedang dalam proses mengeluarkan tender, diharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.
Bernama
Mon Jun 06 2016
Kerajaan negeri Sarawak telah meminta MAHB untuk mengganti eskalator di lapangan terbang itu berikutan insiden menakutkan tersebut. - Foto Facebook Friends of PDRM
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
16 lif, 46 eskalator, 664 lampu tidak berfungsi di stesen monorel, LRT - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan arah usaha baiki dan ganti kemudahan yang rosak segera diambil.
Pengalaman menakutkan apabila eskalator rosak di Lapangan Terbang Miri
Saya menyangka ia adalah gempa bumi apabila tiba-tiba suasana kecoh selepas satu bunyi kuat datang tanpa dapat dikesan dari mana dan pada masa yang sama bangunan ini bergegar, kata Nurashikin.