KUALA LUMPUR: "Sepanjang hidup saya takkan lupakan malam 1 Mei lalu. Malam itu saya bertarung nyawa dengan virus COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Degupan jantung saya jatuh sehingga 40 denyutan seminit setiap 30 minit ketika diberi bantuan pernafasan. Itu kiranya paras bahaya. Paras normal 60-100 degupan seminit."
Begitulah pengalaman yang disifatkan sebagai 'ngeri' oleh Eksekutif Jualan Toh Sharon, 48, sepanjang beliau menjalani rawatan intensif COVID-19 selama 20 hari di Hospital Melaka.
Ibu kepada dua orang anak berusia 22 dan 25 tahun itu, tidak sesekali pun menyangka begitu hebat penangan virus COVID-19 yang menyerang dirinya sehingga terpaksa bertarung nyawa dengan bantuan mesin pernafasan sebagai pesakit tahap empat.
"Saya masih ingat lagi apa yang berlaku pada malam itu. Walaupun badan saya penuh dipasang dengan tiub bantuan pernafasan yang disambung ke tangki oksigen, antara sedar dan tidak sedar saya masih berasa sangat sukar untuk bernafas seolah-olah hampir putus nyawa.
"Mujurlah saya cekal untuk melawan dan terus kuat meneruskan perjuangan untuk hidup sehinggalah paras oksigen dalam badan saya semakin pulih dengan bantuan barisan petugas hadapan," kongsi Toh dengan Bernama baru-baru ini.
Semuanya bermula apabila beliau makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat kepada rakannya yang disahkan positif COVID-19 tiga hari selepas itu.
"Pada malam itu saya berkongsi makanan bersama dengan rakan saya. Pada 21 April saya dimaklumkan bahawa dia positif COVID-19 dan saya pula kontak rapat dia.
"Saya kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri daripada anak lelaki saya meskipun saya belum lagi membuat ujian calitan COVID-19 di mana-mana klinik," katanya.
Toh, yang berasal dari Bandaraya Melaka itu kemudiannya hadir ke klinik kesihatan untuk membuat ujian calit COVID-19 bersama-sama dengan anak lelakinya pada 22 April lalu dan kemudiannya disahkan positif.
"Syukur pada ketika itu anak lelaki saya disahkan negatif. Sebenarnya sehari sebelum ujian calitan itu, saya mula mengalami gejala demam, sakit tekak, selesema, cirit birit dan sakit-sakit sengal sehingga sukar untuk bangun dari tidur.
"Saya dipakai gelang merah jambu, diarah untuk terus berkuarantin di rumah dan menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke hospital terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin MAEPS di Serdang, Selangor," katanya.
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM VAKSINASI COVID-19 MALAYSIA DI SINI
MALANG TIDAK BERBAU
Ketika Toh sedang menunggu giliran untuk dipindahkan ke pusat kuarantin di Hospital Melaka pada 25 April lalu, beliau dimaklumkan oleh petugas kesihatan bahawa kandungan oksigen dalam badannya kurang daripada 88 peratus dan terpaksa dimasukkan ke ICU untuk pemantauan setelah menjalani pemeriksaan.
"Kandungan oksigen normal adalah 95 peratus ke atas, ketika itu saya pun terpinga-pinga dan mengikut sahaja arahan petugas kesihatan untuk ke ICU Hospital Melaka, namun pada malam itu suhu badan saya naik mendadak sehingga 39.6 darjah celsius dan terus tidak sedarkan diri.
"Keesokan harinya baru saya sedar dan ketika itu, badan saya penuh dengan tiub bantuan pernafasan, dalam keadaan terpinga-pinga doktor memberitahu saya bahawa seluruh paru-paru saya dijangkiti virus berdasarkan laporan X-ray, " katanya.
Menurut Toh, beliau diberi pilihan untuk mengambil ubat antiviral Favipiravir selama lima hari bagi membantu memulihkan keadaan paru-parunya. Beliau turut diberitahu akan kesan sampingannya serta pengambilannya masih dalam fasa klinikal.
Namun, tanpa berasa ragu, beliau terus bersetuju untuk mengambil ubat antiviral berkenaan dan keadaannya dipantau dari masa ke semasa.
"Sepanjang pengambilan ubat itu, saya tidak boleh mengambil ubat fever dan perlu mandi air sejuk setiap hari bagi menurunkan suhu badan saya, sehinggalah pada satu tahap suhu badan semakin tinggi dan terpaksa dicucuk steroid untuk merawat paru-paru saya," katanya.
Setelah sembilan hari berada di ICU, keadaannya semakin pulih dan dibenarkan untuk berpindah ke wad biasa namun masih di bawah pemantauan dari masa ke semasa.
"Syukur selepas 20 hari berada di hospital, akhirnya pada 14 Mei lalu saya dibenarkan discaj namun doktor menasihatkan saya supaya tidak lagi menjalankan aktiviti lasak seperti sebelum ini kerana bila-bila masa sahaja virus itu akan menyerang jika saya tidak menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan baik.
"Walaupun dibenarkan discaj namun keadaan kesihatan saya tidak lagi seperti dulu. Saya mudah letih dan perlu berjaga-jaga dari segi kehidupan seharian kerana saya masih lagi dalam fasa pemulihan," katanya.
Menurut Toh, ramai yang memandang ringan akan jangkitan COVID-19 dan masih menganggap ia hanya demam biasa dan hilang deria rasa serta bau.
"Bergantung kepada individu, ada yang hanya bergejala ringan namun ada juga yang serius. Baru saya sedar selama ini kerajaan sentiasa menekankan pematuhan SOP dan SOP itu ternyata begitu penting kerana individu yang sihat seperti saya juga boleh menjadi teruk apatah lagi golongan berisiko tinggi.
"Namun demikian, saya sangat berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa kami dan sanggup berkorban cuti Hari Raya Aidilfitri demi menjaga pesakit-pesakit kritikal seperti saya," katanya.
TIDAK SEDAR DIJANGKITI COVID-19
Sementara itu, jurufoto akhbar berbahasa Mandarin, Soh Teong Kok, 35, terkilan apabila masih menunjukkan gejala seolah-olah dijangkiti virus COVID-19 meskipun telah menjalani ujian calitan yang menunjukkan keputusan negatif.
"Pada 21 April lalu, saya tiba-tiba diserang demam panas. Oleh kerana tugas saya sebagai pengamal media dan tinggal dengan keluarga, saya pergi ke hospital swasta untuk membuat ujian saringan dan keputusannya negatif.
"Walaupun lega dengan keputusan itu, saya masih lagi berasa letih dan tercungap-cungap selain batuk teruk pada waktu malam selama seminggu menyebabkan saya insomnia, selain hilang deria rasa dan bau.
"Selepas sembilan hari, saya sudah tidak bermaya lagi dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga untuk ke hospital swasta membuat ujian sekali lagi... Selepas menjalani ujian itu, saya segera diarahkan untuk masuk ke wad ICU kerana keadaan saya ketika itu sudah kritikal dan perlu ditolak dengan kerusi roda," katanya.
Memandangkan paras oksigen dalam badannya begitu rendah ketika itu, beliau terpaksa dikomakan untuk bantuan pernafasan oleh petugas kesihatan di ICU.
"Saya masih ingat lagi selepas sedar daripada koma selama empat hari, saya sempat ber'video call' dengan ahli keluarga saya namun tidak dapat bercakap dan hanya boleh memberi respons dengan anggukan kepala... Ketika itu juga saya diberitahu oleh doktor bahawa keadaan saya mencapai ke tahap kelima.
"Perasaan pada ketika itu sangat perit kerana kebiasaannya saya sangat aktif dan tidak boleh duduk diam namun jangkitan ini sangat hebat sehinggakan saya terlantar di atas katil dan hanya mampu merenung ke atas tanpa boleh bergerak kerana badan dipenuhi dengan wayar dan tiub pernafasan.
Selepas lapan hari berada di wad ICU, beliau ditukarkan ke wad biasa namun masih memerlukan pemantauan rapi serta bantuan pernafasan.
"Walaupun sudah boleh bercakap dan berjalan, namun saya masih tercungap-cungap lebih-lebih lagi apabila mahu ke tandas.... bersyukur kerana saya telah melepasi paras berbahaya dan deria bau serta rasa semakin pulih dan dibenarkan discaj sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada Bernama.
Meskipun ahli keluarga dan rakan-rakan yang pernah berurusan dengannya disahkan negatif, namun beliau masih berasa serba salah dan sehingga kini masih berehat di rumah dan dalam fasa pemulihan.
"Saya sebenarnya tiada idea dari mana dijangkiti COVID-19... Mungkin dalam kalangan rakan-rakan ataupun orang awam yang tidak bergejala, namun penangan virus ini sangat hebat sehinggakan hampir meragut nyawa.
"Oleh itu, apa yang selalu ditekankan oleh kerajaan untuk mematuhi SOP adalah sangat penting. Mungkin kita rasa sihat dan selalu berkumpul dan berjumpa dengan kawan-kawan namun sebenarnya kita tidak sedar bahawa virus sudah ada dalam komuniti. Bila-bila masa kita boleh dijangkiti sekiranya kita masih memandang ringan dengan keluar dari rumah dan tidak mematuhi SOP," katanya.
Menurut laporan pada 18 Mei lalu, KKM menjangkakan akan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang berlaku di banyak negara lain.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, ia disebabkan penularan virus SARS-CoV-2 dalam komuniti terutama melibatkan beberapa Variant of Concern (VOC) di negara ini yang amat membimbangkan.
Dr Noor Hisham menjelaskan VOC ini dikaitkan dengan kadar penularan yang lebih cepat dengan kadar kematian yang lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021
KKM menjangkakan berlaku lonjakan bilangan kes harian COVID-19 seperti yang berlaku di banyak negara lain. - Facebook Noor Hisham Abdullah
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Penipuan SMS kembali aktif
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan taktik penipuan melalui SMS yang dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi.
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Pelajar meninggal dunia ketika acara larian rentas desa
Seorang pelajar Tingkatan 2 meninggal dunia ketika menyertai acara larian merentas desa peringkat sekolah di Kuala Pilah, pada Jumaat.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.