Pada garis yang lebih besar, mereka juga mendesak kerajaan supaya menghormati kebebasan media serta hak masyarakat untuk mendapatkan maklumat dan bersuara.
"Ini bukan tentang The Edge semata-mata," kata wartawan kanan, R. Nadeswaran.
Mereka sebelum itu berkumpul di hadapan Pasar Seni pada pukul 11 pagi sebelum berjalan untuk memulakan perhimpunan di Lebuh Pasar.
Beberapa pemimpin politik turut menyertai perhimpunan antaranya Saifuddin Abdullah, Gobind Singh, Liew Chin Tong, Dr Dzulkefly Ahmad, Tony Pua, Dyana Sofya serta aktivis Maria Chin, Ambiga Sreenevasan.
Solidariti The Edge
Perhimpunan ini juga diadakan sebagai mendesak supaya sekatan ke atas laman web Sarawak Report ditarik balik.
Ia juga untuk menyatakan kebimbangan dan bantahan terhadap cadangan kerajaan mengawal portal berita di internet melalui pindaan ke atas Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Kita menuntut kerajaan supaya tidak mengugut dan tidak mengancam pengamal media," kata aktivis media bebas, Fathi Aris Omar yang juga jurucakap Geramm.
Perhimpunan ini dianjurkan bersama oleh FCC, Geramm, CIJ, Reporters sans Frontiers KL.
Pengamal media, aktivis bantah penggantungan The Edge