awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus

Bernama
Bernama
16/05/2023
21:30 MYT
Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus
Walaupun penyusutan dari segi pengambilan pelajar tidak melibatkan angka yang besar, trend kurang minat menyambung pelajaran akan memberi kesan kepada masa hadapan negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Pengambilan pelajar politeknik dan kolej komuniti menyusut 12.8 peratus tahun ini, kata Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Azirin Abdul Aziz.
Azirin berkata secara umumnya kira-kira 100,000 pelajar diterima setiap tahun bagi kedua-dua institusi pengajian itu, namun jumlah terbabit sedikit merosot kepada 80,000 pelajar tahun ini.
"Tidak semua program yang ditawarkan mengalami penurunan bilangan pelajar. Bidang yang mengalami penurunan adalah berkaitan kejuruteraan dan kita dapati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kurang diminati pelajar sejak di peringkat sekolah lagi.
"Kalau kekurangan ini terus berlaku, tidak mustahil dalam masa lima tahun akan datang berlaku pengurangan peluang pekerjaan bidang ini di pasaran kerana kita menawarkan program berdasarkan permintaan semasa industri," katanya kepada pemberita di Program Town Hall Cinta dan Air Mata Peringkat Kebangsaan di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Azirin berkata walaupun tiada kajian khusus dilakukan, penyusutan jumlah pelajar tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan keadaan sosio ekonomi keluarga mendorong pelajar lebih cenderung untuk bekerja berbanding menyambung pelajaran.
Katanya walaupun penurunan tersebut tidak melibatkan angka yang besar, trend kurang minat menyambung pelajaran akan memberi kesan kepada masa hadapan negara.
"Hal ini kerana hasrat untuk mencapai sebuah negara maju perlu bermula dengan pendidikan, sekurang-kurangnya pada peringkat sijil atau diploma.
"Langkah promosi akan terus dipergiat sama ada di peringkat institusi melibatkan kelompok sasaran seperti sekolah dan peringkat kebangsaan seperti program Jom Masuk U," katanya.
Menurutnya kebolehpasaran kerja graduan politeknik dan kolej komuniti adalah melebihi 90 peratus sekali gus tidak memberi masalah kepada pelajar mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendidikan
#politeknik
#kolej komuniti
#pengambilan pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan