PUTRAJAYA: Kerajaan berpandangan adalah tiada keperluan untuk membincangkan justifikasi Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Justeru, Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil memberitahu, isu pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang pada Rabu.
Malah katanya, Lembaga Pengampunan juga sebelum ini secara lazimnya tidak pernah memberikan sebagai kenyataan berhubung justifikasi keputusan mereka.
"Perdana Menteri ada menegaskan apa yang beliau sebutkan semalam dan dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, jadi kita berpegang kepada kenyataan itu.
"Pada masa sama, setahu saya, Jemaah Menteri tidak ada membincangkan keperluan untuk Lembaga Pengampunan membuat sebarang pengumuman," katanya pada sidang media pasca Kabinet di sini, pada Rabu.
Jumaat lalu, Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Dalam pada itu ketika ditanya sama ada wujud keperluan Lembaga Pengampunan membuat penjelasan berhubung pengurangan hukuman Najib, Fahmi berkata, beliau selari dengan pandangan pakar perlembagaan, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa perbincangan Lembaga Pengampunan berstatus rahsia.
"Saya terima pandangan pakar perlembagaan, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi. Beliau menyatakan bahawa perbincangan dalam Lembaga Pengampunan ini berstatus rahsia dan saya bersetuju dengan pandangan itu," tambahnya.
Umavathi Ramayah
Wed Feb 07 2024
Fahmi memberitahu, isu pengurangan hukuman terhadap Najib Razak tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Pengampunan Najib: Tegur 'kacang hantu' dalam parti gabungan kerajaan - Zahid
Pandangan tersebut tidak mencerminkan pendirian rasmi parti, kerana ia tidak dikeluarkan oleh pemegang jawatan utama parti.