awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengampunan Najib: Keputusan bercanggah dengan komitmen kerajaan banteras rasuah - IDEAS

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2024
09:16 MYT
Pengampunan Najib: Keputusan bercanggah dengan komitmen kerajaan banteras rasuah - IDEAS
Dr Tricia Yeoh berkata, keputusan itu juga seolah-olah menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan adalah sesuatu yang boleh diterima.
KUALA LUMPUR: Keputusan Lembaga Pengampunan Diraja yang memberi diskaun kepada hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk menangani rasuah.
Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Dr Tricia Yeoh berkata, keputusan itu juga seolah-olah menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan adalah sesuatu yang boleh diterima.
Menerusi satu kenyataan pada Selasa, beliau berkata keputusan itu akan menghakis kepercayaan orang ramai terhadap keupayaan kerajaan untuk kekal dengan pendiriannya terhadap rasuah dan juga tatakelola yang baik.
Tambah beliau, orang awam mungkin menganggap bahawa keputusan itu turut mendapat persetujuan daripada kepimpinan politik semasa.
Ia dikuatkan lagi dengan adanya Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara, yang kedua-duanya dilantik Perdana Menteri, berada dalam Lembaga Pengampunan itu.
“Di samping itu, ini akan memberi implikasi negatif terhadap persepsi perniagaan terutamanya melibatkan komuniti antarabangsa.
“Antara komitmen reformasi kerajaan ini ialah pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, penggubalan Perolehan Kerajaan, Kebebasan Maklumat dan Akta Pembiayaan Politik, serta meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.
“Melangkah ke hadapan, IDEAS menyeru kerajaan untuk memberikan penjelasan mengenai kedudukannya dalam demokrasi dan tadbir urus yang baik.
“Secara khusus, bagaimana pentadbiran berhasrat memperbaharui usaha ke arah membanteras rasuah,” ujarnya.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan masih berhasrat memerangi rasuah secara serius, Strategi Anti Rasuah Kebangsaan yang baharu perlu diberi penambahbaikan ketara.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Rasuah
#1MDB
#lembaga pengampunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan