awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2024
10:40 MYT
Pengampunan Najib: Syed Saddiq dakwa ramai pemimpin lepas tangan
Syed Saddiq mendakwa, ramai pemimpin kerajaan melepaskan tangan dengan mengatakan bahawa keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa kerajaan terlibat dalam proses pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.
Beliau mendakwa, selepas didesak oleh rakyat Malaysia yang menuntut penjelasan, ramai pemimpin kerajaan melepaskan tangan dengan mengatakan bahawa keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, dakwanya terdapat tiga hujah yang membuktikan bahawa kerajaan terlibat dalam keputusan itu dan tidak boleh hanya menuding jari.
“Pertama, YDPA mendapat nasihat daripada Lembaga Pengampunan.
"Lembaga Pengampunan ini ada dua wakil kerajaan yang berjawatan tinggi iaitu Menteri Wilayah dan Peguam Negara lantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kedua, pada tahun 2018, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan prasyarat untuk Perdana Menteri baharu mendapatkan pengampunan diraja bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini sekali gus membuktikan bahawa Perdana Menteri ada pengaruh dalam proses pengampunan diraja, siap diletakkan sebagai prasyarat kepada Perdana Menteri baharu,” dakwanya menerusi satu hantaran video di laman sosial Facebook pada Ahad.
Mengulas lanjut, beliau turut mendakwa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa sendiri mengaku bahawa ia adalah keputusan bersama yang turut melibatkan wakil-wakil rasmi kerajaan walaupun kenyataannya itu bertindih.
“Jadi, siapa yang berkata benar dan siapa menipu?” soalnya.
Sebelum ini, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang di-Pertuan Agong ketika itu). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengampunan Najib
#Syed Saddiq
#Kerajaan Perpaduan
#lepas tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan